Wednesday, May 27, 2009

Kursus Perkahwinan Siri Ke-5/2009

Pejabat Agama Islam Daerah akan mengadakan Kursus Pra Perkahwinan Siri Ke-5/2009 seperti berikut:

Tarikh : Bulan Ogos 2009
Masa : 8.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat : Pejabat Agama Islam Daerah Rompin
Bayaran : RM80.00 Sahaja (Makan & Minum Disediakan)

Jika berminat boleh menghubungi 09 - 4145242 (Pejabat)

Muat turun Aturcara Kursus Perkahwinan

Monday, May 25, 2009

Festival Rompin 2009

PAID dengan kerjasama Majlis Daerah Rompin dan Prima Gemilang akan menganjurkan Program Rohani Festival Rompin 2009 bertempat di Pantai Hiburan Rompin. Antara aktiviti-aktiviti yang dianjurkan adalah seperti berikut:

1. Muhasabah Diri Bersama Ust. Akhil Hayy



Tarikh : 30 Mei 2009
Masa : 9.00 Malam - 11.30 Malam
Tempat : Pantai Hiburan Rompin


2. Seminar Halal Ke-2 Peringkat Daerah Rompin



Tarikh : 3 Jun 2009
Masa : 8.00 Pagi - 12.30 Tengah Hari
Tempat : Dewan Rompin Beach Resort


3. Sukaneka Keluarga Bahagia



Tarikh : 4 Jun 2009
Masa : 9.00 Pagi - 11.30 Pagi
Tempat : Pantai Hiburan Rompin


4. Bual Bicara Remaja / Belia Bersama Ust. Akhwan Afandi Dan Kumpulan Inteam



Tarikh : 4 Jun 2009
Masa : 2.00 Petang - 4 Petang
Tempat : Pantai Hiburan Rompin


5. Ceramah Perdana "KIAN" (Keluarga Bahagia) Bersama Ust. Akhwan Afandi Dan Kumpulan Inteam

Tarikh : 4 Jun 2009
Masa : 9.00 Malam - 11.30 Malam
Tempat : Pantai Hiburan Rompin

DIJEMPUT SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT HADIR BERAMAI-RAMAI MENJAYAKAN PROGRAM INI

Tuesday, May 19, 2009

RM110 Juta Bina Hospital Rompin

Pada 18 Mei 2009 yang lalu seluruh kakitangan awam daerah Rompin termasuk kakitangan PAID telah dijemput menghadiri majlis pecah tanah tapak Hospital Rompin di Kampung Kolam yang disempurnakan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dengan menandatangani plak pelancaran. Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin.

Sebanyak RM110 juta diperuntukkan untuk membina Hospital Rompin yang dijangka siap menjelang akhir November 2011. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin berkata, projek hospital itu diluluskan kerajaan untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Beliau berkata, keputusan kerajaan untuk membina hospital itu selaras dengan objektif kerajaan untuk memperbaiki dan meningkatkan perkhidmatan kesihatan di negara ini.

Hospital itu bakal dibina atas tapak seluas 7.740 hektar yang terletak kira-kira 5 kilometer dari Pekan Kuala Rompin. “Hospital Rompin adalah hospital tanpa pakar dan skop perkhidmatan yang disediakan ialah perkhidmatan pesakit luar am, rawatan kecemasan, kepakaran secara lawatan, pesakit dalam dengan kemudahan 60 katil. “Turut dilengkapi pusat hemodialisis, perkhidmatan X-ray, fisioterapi, farmasi dan perkhidmatan sokongan lain yang berkaitan,” katanya.

Menurutnya, projek hospital itu turut menyediakan kemudahan penginapan untuk anggota sebanyak 44 unit kuarters kelas D, F, G dan kemudahan 20 bilik asrama jururawat. Rosnah berkata, kementerian amat maklum bahawa sebuah lagi hospital diperlukan di Kuala Rompin berikutan daerah itu yang luas, selain hospital sedia ada iaitu Hospital Muadzam Shah yang terletak jauh daripada pusat pentadbiran. “Selain kepadatan penduduk yang bertambah di daerah ini, ia sudah tentu memberi kesukaran kepada penduduk untuk menerima rawatan tambahan pula terdapat jeti Tanjung Gemok yang menjadi pintu masuk utama ke Pulau Tioman,” katanya.

Menurutnya, seramai 58,030 pesakit pada tahun lalu mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Rompin, Klinik Kesihatan Tanjung Gemok dan Klinik Kesihatan Tekek.

Wednesday, May 6, 2009

Hari Keluarga PAID

Sempena Hari Pekerja 1 Mei 2009 yang lalu, Pejabat Agama Islam Daerah telah mengadakan sambutan Hari Keluarga di Melaka Bandaraya Bersejarah yang telah disertai oleh 50 orang termasuk keluarga kakitangan PAID. Antara tempat-tempat yang telah di lewati ialah seperti Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Rama-Rama, Mini Malaysia, Menara Taming Sari dan sekitar Bandar Hilir. Semasa bertolak pulang juga, rombongan sempat singgah di Nilai, Negeri Sembilan.

Monday, May 4, 2009

Gotong-Royong Di Masjid Daerah

Pada 30 April 2009 yang lalu, Pejabat Agama Islam Daerah telah mengadakan acara gotong-royong di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Rompin yang bertujuan membersihkan kawasan sekitar masjid. Acara tersebut bermula pukul 9 pagi dan disertai juga oleh anggota-anggota dari Alam Flora Daerah Rompin.


Masjid-Masjid Di Daerah Rompin Pahang

Masjid Tanjung Gemuk


Masjid Tengku Mahkota Abdullah


Masjid Al-Taqwa, Kg. Sungai Puteri


Masjid Al-Hilal, Kg. Sepayang Kerpal


Masjid Al-Huda, Kg. Parit Raja


Masjid Kg. Sarang Tiong


Masjid Kg. Pianggu


Masjid Saidina Hamzah, Kg. Pantai Bernas


Masjid Kg. Jawa


Masjid Kg. Janglau


Masjid Felda Selendang 1


Masjid Felda Selendang 3


Masjid Kg. Bangkong



Masjid Al-Hikmah, Bandar Lama Rompin



Masjid Al-Iman, Kg. Leban Chondong