Tuesday, September 1, 2009

Majlis Meraikan Saudara Baru


Pada 21 Ogos 2009, PAID Rompin telah mengadakan Majlis Meraikan Saudara Baru yang terdiri daripada orang Asli yang baru sahaja memeluk Islam. Majlis ini diadakan di Bilik Mesyuarat PAID Rompin. Sumbangan disampaikan oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Rompin.

Tahlil sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke 52


Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Kali ke 52 peringkat Daerah Rompin, PAID Rompin dengan kerjasama Pejabat Daerah & Tanah Rompin serta agensi kerajaan yang lain telah mengadakan tahlil & solat hajat bertempat di Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Rompin. Program ini bermula pada jam 2.00 petang untuk memasak bubur lambuk. YH Dato' Mohamad Roslan b Harun (Pegawai Daerah Rompin) serta ketua jabatan yang lain turut hadir semasa tahlil diadakan. Program ini turut dihadiri oleh non muslim & saudara baru.

Perasmian Mendirikan Solat Jumaat yang Pertama


Majlis Perasmian Mendirikan Solat Jumaat yang pertama ini diadakan di Surau Desa Selesa Perepat, Rompin. Majlis ini diadakan pada 21 Ogos 2009 yang mana ia dihadiri oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Rompin, Pen Pegawai hal Ehwal Islam (Unit Pengurusan Masjid & Surau) PAID Rompin & wakil dari Jabatan Mufti Negeri Pahang. Sebelum majlis perasmian ini didakan, Al-Fadhil Qadhi sempat menyampaikan tazkirah ringkas.



Perasmian ini dilakukan oleh wakil dari Jabatn Mufti Negeri Pahang. Selepas sahaja permohonan mendirikan solat jumaat ini diluluskan, pembinaan masjid di Desa Selesa Perepat bagi menampung jemaah dipertimbangkan.

Program Sayang Di Sayang Kg Rantau Panjang

Program Sayang Di Sayang sekali lagi dianjurkan oleh PAID Rompin diadakan di Kg Rantau Panjang dengan kerjasama JKKK Kg Rantau Panjang, JKKK Kg Leban Chondong & JKKK Kg Pantai Bernas. Program tersebut diadakan pada 19 Julai 2009 dengan pelbagai aktiviti kecil disusun khas untuk penduduk yang hadir pada hari tersebut. Di antara aktiviti tersebut ialah:
  • Ceramah Sayang Di Sayang & Pemeriksaan Kesihatan Percuma




Aktiviti ini bermula pada jam 9.00 pagi dimulakan dengan slot ceramah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Rompin ( Tuan Adnan b Mamat ) dibawah tajuk "Sayangi Keluarga Di situlah Bahagia". Pada waktu yang sama, Pejabat Kesihatan daerah Rompin turut membuat pemeriksaan kesihatan percuma untuk penduduk kampung yang hadir. Slot Ceramah yang ke 2 disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam Jabatan Agama Islam Pahang ( Tuan Haji Mohamad Abdul qahar b Abd Aziz) dibawah tajuk "Melahirkan Anak Soleh".
  • Majlis Perasmian Program Sayang Di Sayang




Pada pukul 12.30 tengah hari, pihak penganjur mengadakan Majlis Perasmian Program Sayang Di Sayang yang mana ia dirasmikan oleh YB Senator Dato' Maznah bt Maznah (ADUN Muadzam Shah merangkap Timbalan Menteri Sumber Manusia). Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Rompin (YH Dato' Mohamad Roslan b Harun) & Ketua-Ketua Jabatan Daerah Rompin. Pada majlis tersebut, Dato' Maznah turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas. Majlis ini diakhiri dengan kenduri kampung.
  • Ceramah Tahsinul Solat

Ceramah tahsinul Solat ini disampaikan oleh Ketua Penolong Qadhi Daerah Pekan (Haji Hamid b Jais). Ceramah ini diadakan di Surau Kg Rantau Panjang yang mana ia menerangkan tentang cara mendirikan solat & mengambil wuduk dengan sempurna.
  • Program Riadhah




Program riadhah diadakan di Padang Bola Sepak Kg Rantau Panjang. Di antara sukan yang diadakan ialah sepak takraw, futsal padang & bola jaring. Sukan ini disertai oleh Belia Kg Rantau Panjang, Belia Kg Leban Chondong, Belia Kg Pantai Bernas & Badan Kebajikan & Riadhah PAID Rompin.
  • Forum Perdana Sempena Sambutan Isra' & Mi'raj

Pada pukul 9.00 malam, PAID Rompin mengadakan Forum Perdana yang mana ia merupakan kemuncak kepada Program Sayang Di Sayang. Forum ini disampaikan oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Kuantan (Tuan Hamdan Yusi b Yusuf), Guru Kuliah Al-Lughah Sultan Abu Bakar, Pekan (Ustaz Abd Karim b Sidek) serta pengantara forum Al-Fadhil Qadhi Daerah Rompin. Sebelum forum ini diadakan, majlis penyampaian hadiah bagi pemenang sukan & persembahan nasyid oleh pelajar KAFA Kg Pantai Bernas. Forum ini banyak membincangkan tentang peristiwa yang berlaku semasa Isra' & Mi'raj. Majlis tersebut berakhir pada pukul 11.30 malam.