Thursday, March 11, 2010

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Rompin



Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Rompin telah diadakan pada 2 Mac 2010 (Selasa). Majlis bermula pada jam 7.30 pagi dengan perarakan bermula dari Padang Dataran Rompin menuju ke Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin. Perarakan disertai oleh 23 pasukan yang terdiri daripada badan kerajaan, swasta & NGO. PAID Rompin turut menganjurkan pertandingan sepanduk & perlawanan persahabatan futsal yang diadakan seminggu sebelum majlis diadakan. Majlis dirasmikan oleh Pegawai Daerah Rompin, Dato' Mohamad Roslan b Harun & turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan kerajaan dalam Daerah Rompin. Ceramah Maulidur Rasul disampaikan oleh Mejar Wan Mazlan b Wan Abdullah (TLDM Tg Pengelih). Majlis berakhir pada jam 11.30 pagi.


Hari Keluarga PAID Rompin



Hari Keluarga PAID Rompin telah diadakan pada 6 Mac 2010 (Sabtu) bertempat di Serai Lanjut Golf & Beach Resort Rompin. Ia Bermula pada jam 8.00 pagi dengan acara sukaneka orang dewasa & kanak-kanak. Antara sukan yang diadakan ialah bowling kelapa, balingan manja, lari dalam guni dan rebut kerusi.





Pada sebelah tengah hari, telah diadakan majlis tahlil & doa selamat untuk Ketua Penolong Qadhi PAID Rompin Ustaz Mohd Nor b Senawi yang akan menunaikan umrah pada 18 Mac 2010.





Acara sukaneka disambung selepas solat Zuhur. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan bersurai pada jam 5.00 petang