Tuesday, December 14, 2010

Kelebihan 10 Muharam

Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah, apakah kelebihan 10 Muharam berbanding dengan hari-hari lain?" Sabda Rasulullah s.a.w :
  • Allah menciptakan langit, bintang & sebagainya pada 10 Muharam
  • Allah menciptakan gunung ganang
  • Allah mencipta laut
  • Allah mencipta Qalam (pena untuk menulis amal manusia)
  • Allah papan tulis (Luh Mahfuz)
  • Allah mencipta Nabi Adam a.s
  • Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada 10 Muharam
  • Nabi Ibrahim a.s diselamatkan dari api Namrud
  • Nabi Ismail a.s selamat dari disembelih oleh Nabi Ibrahim a.s
  • Firaun ditenggelamkan dalam Laut Merah
  • Dosa Nabi Daud a.s diampunkan
  • Nabi Isa a.s dilahirkan
  • Nabi Yunus a.s dikeluarkan dari perut Ikan Nun
  • Penyakit Nabi Ayub a.s disembuhkan
  • Nabi Isa a.s diangkat ke langit
  • Taubat Nabi Adam a.s diterima
  • Nabi Sulaiman a.s dianugerahkan takhta kerajaan
  • Arasy dicipta
  • Bahtera Nabi Nuh a.s diselamatkan daripada tenggelam

Muzakarah AJK Masjid Qariah Daerah Rompin



Muzakarah AJK Masjid Qariah Daerah Rompin telah diadakan pada 25 November 2010 bertempat di Dewan Mahkamah Rendah Syariah Rompin. Muzakarah ini diadakan dengan tujuan menerangkan kepada semua AJK mengenai tugas & tanggungjawab mereka. Sesi soal jawab mereka bersama dengan pegawai PAID Rompin & pegawai dari Bahagian Pengurusan Masjid & Surau JAIP turut diadakan. Ustaz Mohd Azizi & Ustaz Zainal Abidin dari Bahagian Pengurusan Masjid & Surau turut hadir. Program berakhir pada jam 1.00 petang.

Monday, December 13, 2010

Program Pemantapan Aqidah & Majlis Perkahwinan Saudara Baru Beramai-Ramai KOA Bukit Lepas







Program Pemantapan Aqidah & Majlis Perkahwinan Saudara Baru Beramai-ramai di Kg Orang Asli (KOA) Bukit Lepas Rompin telah diadakan pada 5 - 7 Oktober 2010. Program ini dianjurkan oleh PAID Rompin dengan kerjasama Bahagian Dakwah JAIP, Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Daerah Rompin, Jabatan Pendaftaran Negeri Pahang & Pejabat Kesihatan Daerah Rompin. Ia turut disertai oleh jabatan kerajaan daerah Rompin yang lain.
Pada 6 Oktober 2010, Pejabat Kesihatan Daerah telah mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk kg tersebut. Di samping itu, pihak JHEOA Daerah Rompin & Jabatan Pendaftaran Negeri Pahang telah mengadakan hari pendaftaran semula kad pengenalan saudara baru orang asli. Pesuruhjaya sumpah dari Pejabat Daerah & Tanah Rompin turut dijemput bagi melancarkan proses pendaftaran semula.
Pada 7 Oktober 2010, majlis perkahwinan bagi 4 pasangan telah diadakan. Pasangan ini dinikahkan oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Rompin (Tuan Adnan b Mamat). Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIP (Tuan Haji Md Fazi b Ismaon), Penolong Pengarah Bahagian Dakwah (Unit Ukhwah) JAIP (Ustaz Rasmawi b Harun), Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Unit Muallaf MUIP) (Ustaz Nik Ibrahim b Nik Abdullah), Pegawai JHEOA Daerah Rompin, Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daerah & Tanah Rompin & juga pegawai-pegawai dari jabatan kerajaan yang lain. Di Hari yang sama Ustaz Nik Ibrahim turut mengislamkan 2 orang saudara baru. Majlis berakhir dengan penyampaian sumbangan kepada saudara baru & juga cenderahati kepada pasangan pengantin serta persembahan nasyid daripada Kumpulan Nasyid SMA Rompin.

Program Pemantapan Sahsiah Belia





Program Pemantapan Sahsiah Belia yang dianjurkan oleh PAID Rompin dengan kerjasama Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JAIP, Pejabat Belia Daerah Rompin, JKKK Desa Selesa Perpat, JKKK Kg Rantau Panjang & JKKK Kg Pantai Bernas telah diadakan pada 11 November 2010 bertempat di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Pantai Bernas Rompin.

Seramai 50 orang peserta menyertai program ini yang terdiri daripada belia Desa Selesa Perpat, Kg Rantau Panjang & Kg Pantai Bernas. Program bermula pada jam 8.30 pagi dengan ceramah motivasi (Andai Ku Tahu) yang disampaikan oleh En Ahmad Sazili b Mohd Nor dari SMK Seri Rompin. Pada jam 10.00 pagi, ceramah & praktikal solat diadakan.Di antara fasilitator yang terlibat ialah Ustazah Siti Khadijah bt Shaikh Zahari (Pengetua SMA Bukit Ibam,Muadzam Shah), Tuan Adnan b Mamat (Al-Fadhil Qadhi Daerah Rompin), Ustaz Mohd Nor b Senawi (Ketua Penolong Qadhi PAID Rompin) & Ustaz Mohd Hasan b K.Abdul (Penolong Qadhi Unit Pengurusan Masjid & Surau PAID Rompin).
Di sebelah petang,jam 2.30 petang satu talk show telah diadakan. Talk show yang bertajuk Apa Yang Kami Mahu dikendalikan oleh Tuan Adnan b Mamat. Talk show ini membincangkan permasalahan di kalangan belia & cuba mencari jalan penyelesaian. Jam 4.00 petang, majlis perasmian penutup program diadakan. Program ini dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JAIP Tuan Haji Muhammad Abdul Qahar b Abd Aziz. Belia turut menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta program. Program berakhir pada jam 5.15 petang.

Friday, December 10, 2010

Program Dakwah Bil Hal Kg Pantai Bernas Rompin





Program Dakwah Bil Hal Kg Pantai Bernas Rompin telah diadakan pada 9 Julai 2010. Ia turut melibatkan Kg Rantau Panjang & Kg Tg Tengku. Program dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Rompin. Program diteruskan dengan gotong royong membersihkan kawasan tanah perkuburan Kg Pantai Bernas. Kakitangan Jabatan Mufti Negeri Pahang dijemput hadir untuk menentukan arah kiblat di tanah perkuburan tersebut.
Pada sebelah petang, perlawanan bola sepak diadakan di antara pasukan PAID Rompin menentang pasukan Kg Pantai Bernas. Pada sebelah malam, selepas Solat Isya', satu forum perdana diadakan di Masjid Kg Pantai Bernas. Ahli panel forum terdiri daripada Al-Fadhil qadhi Daerah Rompin (Tuan Adnan b Mamat), Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIP (Ustaz Rasmawi b Harun) & Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (Ustaz Nik Ibrahim b Nik Abdullah).Tajuk forum adalah Sambutan Isra' Mi'raj. Antara tetamu yang hadir pada malam tersebut ialah Timbalan Pengarah JAIP (YH Dato' Haji Mohd Ghazali b Abd Aziz) & Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIP (Tuan Haji Md Fazi b Ismaon). Majlis berakhir pada jam 11.00 malam.

Majlis Tahlil & Doa Selamat Sempena Hari Kemerdekaan Kali Ke 53 Peringkat Daerah Rompin








Majlis Tahlil & Doa Selamat Sempena Hari Kemerdekaan Kali Ke 53 Peringkat Daerah Rompin telah diadakan pada 30 Ogos 2010 bertempat di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Rompin. Bersempena dengan majlis itu juga, PAID Rompin turut meraikan anak-anak yatim sekitar bandar Rompin untuk diberi sumbangan kewangan.
Majlis Tahlil ini turut dihadiri oleh penjawat awam & ketua jabatan kerajaan dalam daerah Rompin. Majlis dimulakan pada jam 5.00 petang dengan ucapan daripada Pegawai Daerah Rompin & diikuti dengan pemberian sumbangan kepada anak-anak yatim.
Pada jam 6.30 petang, majlis tahlil & doa selamat dimulakan. Majlis berbuka puasa diadakan & majlis tahlil berakhir dengan jamuan moreh.