Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Tuesday, December 14, 2010
Muzakarah AJK Masjid Qariah Daerah Rompin
Monday, December 13, 2010
Program Pemantapan Aqidah & Majlis Perkahwinan Saudara Baru Beramai-Ramai KOA Bukit Lepas
Program Pemantapan Aqidah & Majlis Perkahwinan Saudara Baru Beramai-ramai di Kg Orang Asli (KOA) Bukit Lepas Rompin telah diadakan pada 5 - 7 Oktober 2010. Program ini dianjurkan oleh PAID Rompin dengan kerjasama Bahagian Dakwah JAIP, Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Daerah Rompin, Jabatan Pendaftaran Negeri Pahang & Pejabat Kesihatan Daerah Rompin. Ia turut disertai oleh jabatan kerajaan daerah Rompin yang lain.
Pada 6 Oktober 2010, Pejabat Kesihatan Daerah telah mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk kg tersebut. Di samping itu, pihak JHEOA Daerah Rompin & Jabatan Pendaftaran Negeri Pahang telah mengadakan hari pendaftaran semula kad pengenalan saudara baru orang asli. Pesuruhjaya sumpah dari Pejabat Daerah & Tanah Rompin turut dijemput bagi melancarkan proses pendaftaran semula.
Pada 7 Oktober 2010, majlis perkahwinan bagi 4 pasangan telah diadakan. Pasangan ini dinikahkan oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Rompin (Tuan Adnan b Mamat). Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIP (Tuan Haji Md Fazi b Ismaon), Penolong Pengarah Bahagian Dakwah (Unit Ukhwah) JAIP (Ustaz Rasmawi b Harun), Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Unit Muallaf MUIP) (Ustaz Nik Ibrahim b Nik Abdullah), Pegawai JHEOA Daerah Rompin, Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daerah & Tanah Rompin & juga pegawai-pegawai dari jabatan kerajaan yang lain. Di Hari yang sama Ustaz Nik Ibrahim turut mengislamkan 2 orang saudara baru. Majlis berakhir dengan penyampaian sumbangan kepada saudara baru & juga cenderahati kepada pasangan pengantin serta persembahan nasyid daripada Kumpulan Nasyid SMA Rompin.
Program Pemantapan Sahsiah Belia
Program Pemantapan Sahsiah Belia yang dianjurkan oleh PAID Rompin dengan kerjasama Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JAIP, Pejabat Belia Daerah Rompin, JKKK Desa Selesa Perpat, JKKK Kg Rantau Panjang & JKKK Kg Pantai Bernas telah diadakan pada 11 November 2010 bertempat di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Pantai Bernas Rompin.
Seramai 50 orang peserta menyertai program ini yang terdiri daripada belia Desa Selesa Perpat, Kg Rantau Panjang & Kg Pantai Bernas. Program bermula pada jam 8.30 pagi dengan ceramah motivasi (Andai Ku Tahu) yang disampaikan oleh En Ahmad Sazili b Mohd Nor dari SMK Seri Rompin. Pada jam 10.00 pagi, ceramah & praktikal solat diadakan.Di antara fasilitator yang terlibat ialah Ustazah Siti Khadijah bt Shaikh Zahari (Pengetua SMA Bukit Ibam,Muadzam Shah), Tuan Adnan b Mamat (Al-Fadhil Qadhi Daerah Rompin), Ustaz Mohd Nor b Senawi (Ketua Penolong Qadhi PAID Rompin) & Ustaz Mohd Hasan b K.Abdul (Penolong Qadhi Unit Pengurusan Masjid & Surau PAID Rompin).
Di sebelah petang,jam 2.30 petang satu talk show telah diadakan. Talk show yang bertajuk Apa Yang Kami Mahu dikendalikan oleh Tuan Adnan b Mamat. Talk show ini membincangkan permasalahan di kalangan belia & cuba mencari jalan penyelesaian. Jam 4.00 petang, majlis perasmian penutup program diadakan. Program ini dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JAIP Tuan Haji Muhammad Abdul Qahar b Abd Aziz. Belia turut menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta program. Program berakhir pada jam 5.15 petang.
Friday, December 10, 2010
Program Dakwah Bil Hal Kg Pantai Bernas Rompin
Program Dakwah Bil Hal Kg Pantai Bernas Rompin telah diadakan pada 9 Julai 2010. Ia turut melibatkan Kg Rantau Panjang & Kg Tg Tengku. Program dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Rompin. Program diteruskan dengan gotong royong membersihkan kawasan tanah perkuburan Kg Pantai Bernas. Kakitangan Jabatan Mufti Negeri Pahang dijemput hadir untuk menentukan arah kiblat di tanah perkuburan tersebut.
Pada sebelah petang, perlawanan bola sepak diadakan di antara pasukan PAID Rompin menentang pasukan Kg Pantai Bernas. Pada sebelah malam, selepas Solat Isya', satu forum perdana diadakan di Masjid Kg Pantai Bernas. Ahli panel forum terdiri daripada Al-Fadhil qadhi Daerah Rompin (Tuan Adnan b Mamat), Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIP (Ustaz Rasmawi b Harun) & Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (Ustaz Nik Ibrahim b Nik Abdullah).Tajuk forum adalah Sambutan Isra' Mi'raj. Antara tetamu yang hadir pada malam tersebut ialah Timbalan Pengarah JAIP (YH Dato' Haji Mohd Ghazali b Abd Aziz) & Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIP (Tuan Haji Md Fazi b Ismaon). Majlis berakhir pada jam 11.00 malam.
Majlis Tahlil & Doa Selamat Sempena Hari Kemerdekaan Kali Ke 53 Peringkat Daerah Rompin
Majlis Tahlil & Doa Selamat Sempena Hari Kemerdekaan Kali Ke 53 Peringkat Daerah Rompin telah diadakan pada 30 Ogos 2010 bertempat di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Rompin. Bersempena dengan majlis itu juga, PAID Rompin turut meraikan anak-anak yatim sekitar bandar Rompin untuk diberi sumbangan kewangan.
Majlis Tahlil ini turut dihadiri oleh penjawat awam & ketua jabatan kerajaan dalam daerah Rompin. Majlis dimulakan pada jam 5.00 petang dengan ucapan daripada Pegawai Daerah Rompin & diikuti dengan pemberian sumbangan kepada anak-anak yatim.
Pada jam 6.30 petang, majlis tahlil & doa selamat dimulakan. Majlis berbuka puasa diadakan & majlis tahlil berakhir dengan jamuan moreh.
Wednesday, August 11, 2010
Taklimat & Penerangan Isu Semasa Berkaitan Perkahwinan
PAID Rompin dengan kerjasama Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JAIP telah mengadakan Program Taklimat & Penerangan Isu Semasa Berkaitan Perkahwinan pada 20 Julai 2010 bertempat di Dewan Kolej Komuniti Rompin. Orang ramai yang hadir terdiri daripada penjawat awam sekitar Daerah Rompin, jawatankuasa masjid dan jawatankuasa kampung.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada masyarakat setempat mengenai permasalahan yang sering kali berlaku di dalam hal perkahwinan seperti masalah wali, masalah mendaftarkan perkahwinan luar negara & penceraian.
Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Muadzam Shah (Ustaz Mohd Rizal b Ali Hanafiah) di bawah tajuk "Penceraian Di Dalam Islam". Slot ceramah ke 2 disampaikan oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Pahang (Ustaz Azhari b Abd Rahman) di bawah tajuk "Perkahwinan Luar Negara Tanpa Kebenaran" dan slot terakhir disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JAIP (Haji Muhammad Abdul Qahar b Abd Aziz ) di bawah tajuk "Wali & Permasalahannya". Majlis diakhiri dengan sesi dialog di antara orang ramai dan para penceramah.
Friday, July 2, 2010
Program Keagamaan Sempena Rompin Fest 2010
Sementara kanak-kanak mewarna, ibu bapa dan keluarga lain yang hadir menyertai sukaneka yangdianjurkan oleh pihak PAID. Di antaranya ialah Mencari Harta Karun, Boling Kelapa, Lari Dalam Guni, Balingan Manja & Woodball. Semua acara tersebut selesai pada jam 12.00 tengah hari.
Thursday, March 11, 2010
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Rompin
Hari Keluarga PAID Rompin

Hari Keluarga PAID Rompin telah diadakan pada 6 Mac 2010 (Sabtu) bertempat di Serai Lanjut Golf & Beach Resort Rompin. Ia Bermula pada jam 8.00 pagi dengan acara sukaneka orang dewasa & kanak-kanak. Antara sukan yang diadakan ialah bowling kelapa, balingan manja, lari dalam guni dan rebut kerusi.
Pada sebelah tengah hari, telah diadakan majlis tahlil & doa selamat untuk Ketua Penolong Qadhi PAID Rompin Ustaz Mohd Nor b Senawi yang akan menunaikan umrah pada 18 Mac 2010.
Acara sukaneka disambung selepas solat Zuhur. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan bersurai pada jam 5.00 petang
Friday, October 30, 2009
Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2009
Al-Fadhil Qadhi Daerah Rompin bersama kakitangan wanita PAID Rompin tahun 2009
Kakitangan lelaki PAID Rompin tahun 2009
Pada 7 Oktober 2009, PAID Rompin mengadakan jamuan hari raya aidilfitri yang mana ia turut dihadiri oleh Adun Tioman, pegawai Majlis Daerah Rompin, pegawai JKR Daerah Rompin & pegawai Jabatan Bomba & Penyelamat Daerah Rompin. Majlis ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengah hari.
Tuesday, September 1, 2009
Tahlil sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke 52

Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Kali ke 52 peringkat Daerah Rompin, PAID Rompin dengan kerjasama Pejabat Daerah & Tanah Rompin serta agensi kerajaan yang lain telah mengadakan tahlil & solat hajat bertempat di Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Rompin. Program ini bermula pada jam 2.00 petang untuk memasak bubur lambuk. YH Dato' Mohamad Roslan b Harun (Pegawai Daerah Rompin) serta ketua jabatan yang lain turut hadir semasa tahlil diadakan. Program ini turut dihadiri oleh non muslim & saudara baru.Perasmian Mendirikan Solat Jumaat yang Pertama

Majlis Perasmian Mendirikan Solat Jumaat yang pertama ini diadakan di Surau Desa Selesa Perepat, Rompin. Majlis ini diadakan pada 21 Ogos 2009 yang mana ia dihadiri oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Rompin, Pen Pegawai hal Ehwal Islam (Unit Pengurusan Masjid & Surau) PAID Rompin & wakil dari Jabatan Mufti Negeri Pahang. Sebelum majlis perasmian ini didakan, Al-Fadhil Qadhi sempat menyampaikan tazkirah ringkas.Program Sayang Di Sayang Kg Rantau Panjang
Program Sayang Di Sayang sekali lagi dianjurkan oleh PAID Rompin diadakan di Kg Rantau Panjang dengan kerjasama JKKK Kg Rantau Panjang, JKKK Kg Leban Chondong & JKKK Kg Pantai Bernas. Program tersebut diadakan pada 19 Julai 2009 dengan pelbagai aktiviti kecil disusun khas untuk penduduk yang hadir pada hari tersebut. Di antara aktiviti tersebut ialah:
- Ceramah Sayang Di Sayang & Pemeriksaan Kesihatan Percuma

Aktiviti ini bermula pada jam 9.00 pagi dimulakan dengan slot ceramah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Rompin ( Tuan Adnan b Mamat ) dibawah tajuk "Sayangi Keluarga Di situlah Bahagia". Pada waktu yang sama, Pejabat Kesihatan daerah Rompin turut membuat pemeriksaan kesihatan percuma untuk penduduk kampung yang hadir. Slot Ceramah yang ke 2 disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam Jabatan Agama Islam Pahang ( Tuan Haji Mohamad Abdul qahar b Abd Aziz) dibawah tajuk "Melahirkan Anak Soleh".
- Majlis Perasmian Program Sayang Di Sayang


Pada pukul 12.30 tengah hari, pihak penganjur mengadakan Majlis Perasmian Program Sayang Di Sayang yang mana ia dirasmikan oleh YB Senator Dato' Maznah bt Maznah (ADUN Muadzam Shah merangkap Timbalan Menteri Sumber Manusia). Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Rompin (YH Dato' Mohamad Roslan b Harun) & Ketua-Ketua Jabatan Daerah Rompin. Pada majlis tersebut, Dato' Maznah turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas. Majlis ini diakhiri dengan kenduri kampung.- Ceramah Tahsinul Solat

Ceramah tahsinul Solat ini disampaikan oleh Ketua Penolong Qadhi Daerah Pekan (Haji Hamid b Jais). Ceramah ini diadakan di Surau Kg Rantau Panjang yang mana ia menerangkan tentang cara mendirikan solat & mengambil wuduk dengan sempurna.
- Program Riadhah


Program riadhah diadakan di Padang Bola Sepak Kg Rantau Panjang. Di antara sukan yang diadakan ialah sepak takraw, futsal padang & bola jaring. Sukan ini disertai oleh Belia Kg Rantau Panjang, Belia Kg Leban Chondong, Belia Kg Pantai Bernas & Badan Kebajikan & Riadhah PAID Rompin. - Forum Perdana Sempena Sambutan Isra' & Mi'raj

Pada pukul 9.00 malam, PAID Rompin mengadakan Forum Perdana yang mana ia merupakan kemuncak kepada Program Sayang Di Sayang. Forum ini disampaikan oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Kuantan (Tuan Hamdan Yusi b Yusuf), Guru Kuliah Al-Lughah Sultan Abu Bakar, Pekan (Ustaz Abd Karim b Sidek) serta pengantara forum Al-Fadhil Qadhi Daerah Rompin. Sebelum forum ini diadakan, majlis penyampaian hadiah bagi pemenang sukan & persembahan nasyid oleh pelajar KAFA Kg Pantai Bernas. Forum ini banyak membincangkan tentang peristiwa yang berlaku semasa Isra' & Mi'raj. Majlis tersebut berakhir pada pukul 11.30 malam.
Subscribe to:
Posts (Atom)







