Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Monday, April 29, 2013

Prosedur perkahwinan menyusahkan??????

Situasi di Pejabat Agama Islam Daerah :

Pelanggan : Encik, saya nak hantar borang kawin anak.


Petugas Kaunter: Biar saya semak dulu borang ni ye.. (Petugas Kaunter menyemak satu persatu keperluan borang & mendapati ada yang tidak lengkap) Maaf puan, borang ni tak lengkap lagi,salinan sijil perakuan nikah ibu bapa tak ada, salinan sijil kematian datuk pun tak ada.

Pelanggan : Eh kenapa pula nak sijil kematian datuk & sijil nikah saya?


Petugas Kaunter : Begini puan, yang menjadi wali anak puan ni adik beradik lelaki seibu sebapa kan? bila anak lelaki yang menjadi wali, memang kita perlukan surat kematian datuk dan surat perakuan nikah ibu bapa. Kita nak pastikan wali tu mengikut turutan yang betul & nak elak masalah wali anak tak sah taraf.

Pelanggan : Kenapa sekarang ni susah sangat nak kahwin, saya dulu tak ada pun nak minta itu ini masa nak kawin, terus je pegi jumpa jurunikah, abih cerita. (Pelanggan dah mula naik angin)

Situasi di atas sering kali berlaku di Pejabat Agama Islam Daerah, adakah benar prosedur perkahwinan sekarang menyusahkan pelanggan?

Sebenarnya tidak, prosedur yang telah ditetapkan adalah mengikut syara' dan juga keperluan maslahah ummah itu sendiri.

Seringkali keperluan salinan sijil perakuan nikah ibu bapa menjadi pertikaian pelanggan. Keperluan itu sebenarnya adalah untuk mengelak daripada berlaku anak perempuan yang berkahwin itu anak tidak sah taraf atau wali adik beradik lelaki seibu sebapa itu sendiri anak tidak sah taraf. Apabila berlaku keadaan tersebut, perkahwinan tersebut tidak sah & perlu difaraqkan dengan perintah mahkamah.

Disinilah peranan Pejabat Agama Islam Daerah dan juga JAIN sendiri untuk memberi pemahaman & penerangan kepada masyarakat. Masyarakat umumnya tidak nampak kepentingan sijil perakuan nikah apabila diperlukan oleh Pejabat Agama Islam Daerah. Kurangnya pemahaman masyarakat terutama berkaitan dengan pengiraan nasab anak mengikut bulan hijrah & tidak ketinggalan ingin merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan anak kerana bimbang anak malu merupakan antara sebab masyarakat enggan memberi kerjasama. Masyarakat tidak didedahkan dengan hukum apabila berlaku anak tidak sah taraf berkahwin & wali yang merupakan anak tidak sah taraf menjadi wali kepada perempuan yang ingin berkahwin.

Apabila pemohon perempuan@bakal pengantin perempuan itu sendiri menjadi anak tidak sah taraf, secara automatik bapa & semua wali sebelah bapa adalah tidak boleh menjadi wali kepada perkahwinannya. 
Permohonan berkahwin bakal pengantin perempuan tersebut perlu dilanjutkan kepada pihak Mahkamah Rendah Syariah Daerah bagi mendapatkan perintah daripada hakim bagi membenarkan jurunikah menjadi wali sultan kepada bakal pengantin perempuan. Hanya setelah mendapat kebenaran daripada Hakim Mahkamah Rendah Syariah, barulah perkahwinan itu boleh diteruskan.

Apabila wali itu merupakan adik beradik lelaki seibu sebapa kepada bakal pengantin perempuan merupakan anak tidak sah taraf, wali itu tidak boleh menjadi wali kepada bakal pengantin perempuan dan hak wali akan berpindah kepada adik beradik lelaki seibu sebapa yang lain. Sebagai contoh, abang sulung kepada bakal pengantin perempuan merupakan anak tidak sah taraf dan hak wali akan berpindah kepada anak lelaki ke dua @ wali yang lain di dalam keluarga tersebut.

Keperluan sijil kematian datuk pula dikehendaki apabila berlaku di dalam masyarakat penipuan turutan wali apabila seorang perempuan ingin berkahwin. Terdapat kes berlaku di mana seorang perempuan yang telah kematian bapa berkahwin dengan menjadikan adik beradik lelaki seibu sebapa sebagai wali sedangkan pada ketika itu datuk sebelah bapa masih ada & datuk sebelah bapa sepatutnya menjadi wali. Apabila berlaku keadaan tersebut, perkahwinan tersebut tidah sah & perlu difaraq dengan perintah mahkamah.


Dua keperluan yang sering menjadi pertikaian dalam masyarakat ini ada sebab & kepentingan mengapa ia diperlukan ketika seorang perempuan ingin berkahwin. Kesimpulan, prosedur perkahwinan bagi sebuah negeri itu bukan dengan tujuan menyusahkan masyarakat sebaliknya untuk menjaga maslahah ummah disamping kehendak hukum syara' sendiri.                        

Bertudung,menutup aurat @ sekadar berfesyen?




Aurat dari segi bahasa : keaiban, dari segi syarak : Bahagian-bahagian tertentu yang wajib ditutup. Secara keseluruhan, maksud aurat ialah menutup bahagian-bahagian badan tertentu bagi mengelak dari pandangan lelaki ajnabi.

Secara umum, perintah wajib bagi wanita untuk menutup aurat telah disebut di dalam Al-Quran dan juga Hadith.

Di dalam Al-Quran, Allah telah berfirman yang bermaksud:

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri dan anak-anak perempuan kamu serta kepada para isteri orang mukmin sekalian, hendaklah menghulurkan JILBAB mereka ke seluruh tubuh badan mereka kerana dengan itu mereka akan mudah dikenali (sebagai wanita mukminah) dan mereka selamat daripada gangguan. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang}.” [Al-Ahzab: 59].

Daripada Hadith Riwayat Abu Daud daripada Saidatina Aisyah Radhiyallahu ‘anha bahawa suatu hari kakaknya iaitu Asma’ binti Abu Bakar datang mengadap Rasulullah SAW sedangkan ia berpakaian nipis (jarang). Melihatkan keadaan itu, Rasulullah SAW terus berpaling muka dan bersabda maksudnya: “Wahai Asma’, apabila seorang wanita telah sampai masa haid (baligh), maka lelaki ajnabi tidak boleh melihatnya, kecuali kadar had ini (Rasulullah SAW mengisyaratkan pada muka dan kedua tapak tangannya).

Sekitar tahun 50 hingga akhir tahun 80'an, adalah sukar untuk melihat wanita Islam di Malaysia bertudung. Tudung yang dipakai hanyalah sekadar selendang yang menutupi sebahagian kepala dengan rambut yang masih terdedah. Zaman 70'an terkenal dengan fesyen kebaya ketat. Malah di sekolah rendah dan menengah juga pada ketika itu masih belum dikuatkuasa undang-undang bagi pelajar perempuan Islam wajib memakai tudung di sekolah. Pelajar perempuan bebas memilih untuk memakai skirt seragam labuh atau baju kurung. Pada tahun 90'an, secara perlahan-lahan, sekolah-sekolah di Malaysia mula mengenakan peraturan mewajibkan pelajar perempuan Islam untuk bertudung. Walaubagaimanapun, mengenakan tudung di khalayak ramai masih belum meluas.

Trend Bertudung Masa Kini



Memasuki alaf baru, semakin ramai wanita Islam bertudung tetapi lebih kepada mengikut perkembangan fesyen tempatan, sememangnya tidak salah untuk bergaya tetapi tudung hanyalah sekadar menutupi rambut tanpa mengikuti syariat sebenar. Memakai tudung mengikut syariat sebenar adalah melabuhkan tudung untuk menutupi dada dan juga bahu, Apa yang berlaku masa kini ialah tudung telah disalah guna. Sebahagian golongan artis yang bertudung sering menggayakan fesyen bertudung yang hanya sekadar menutup rambut tetapi tetap mengenakan pakain ketat hingga menjadi ikutan kepada peminat. Tidak sekadar golongan artis, majalah-majalah fesyen turur memapar stail tudung terkini. Terdapat juga fesyen tudung hanya memakai turban tetapi menampakkan perhiasan seperti anting-anting dan rantai leher. Hiasan bagi tudung tersebut kebiasaannya meriah dengan manik @ kerongsang. Paling banyak berlaku ialah memakai tudung dengan menampakkan sanggul rambut. 

Nabi SAW ada menyebut, “Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan (2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian-sekian jauh.”
(Direkodkan oleh Muslim, no. 2128)


Selain tudung yang menampak sanggul rambut, fesyen bertudung yang banyak menjadi ikutan wanita ialah fesyen tudung seperti rahib wanita kristian.


Apa pun fesyen tudung yang dipakai, ia mestilah menurut syariat Islam yang sebenar iaitu melabuhkan tudung hingga menutupi dada. Islam tidak melarang umat untuk bergaya asalkan tidak keterlaluan. Janganlah hanya sekadar memakai tudung tetapi masih lagi memakai pakaian ketat @ aurat tangan & kaki terdedah seperti gambar ini.



Cantik dipandang,inilah tudung yang sebenar

Friday, April 5, 2013

Keistimewaan dan Keutamaan Hari Jumaat



1.  Hari Paling Mulia


Hari Jumaat adalah hari yang paling utama dan merupakan penghulu segala hari. Terdapat beberapa peristiwa yang terjadi pada hari Jumaat ini, di antaranya:

  • Allah SWT ciptakan Adam Alaihissallam
  • Nabi Adam alaihissallam dimasukkan ke dalam syurga.
  • Nabi Adam alaihissallam diturunkan dari syurga menuju bumi.
  • Allah mewafatkannya Nabi Adam Alaihissallam.
  • Hari Jumaat juga merupakan hari akan berlakunya Qiamat.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu juga Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga. Pada hari itu juga kiamat akan terjadi dan pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintannya.” (HR. Muslim)

Abu Hurairah Radhiyalahu ‘anhu meriwayatkan, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقَوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَة

“Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat; pada hari inilah Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari inilah juga Baginda dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.” (HR Muslim r.a.)

Dalam riwayat Aus bin Aus Radhiyallahu ‘anhu pula menyatakan:

إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ قُبِضَ، وَفِيْهِ النَّفْخَةُ، وَفِيْهِ الصَّعِقَةُ …….

“Sesungguhnya seutama-utama hari kamu adalah hari Jumaat; pada hari ini Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini juga ia dimatikan, pada hari ini ditiupkan sangkakala (tanda kiamat), dan pada hari ini juga hari kebangkitan.”

2.  Hari Bagi Kaum Muslimin

Hari Jumaat adalah hari berkumpulnya Umat Muhammad صلى الله عليه وسلم dalam masjid-masjid mereka yang besar untuk mengikuti solat dan sebelumnya mendengarkan dua khutbah jumaat yang mengandungi wasiat bertaqwa dan nasihat-nasihat, serta doa.

Al-Hafidz Ibnu Katsir berkata: “Hari ini dinamakan Jumaat, kerana merupakan ambilan dari kata ‘al-jamu’ yang ertinya berhimpun, kerana Umat Islam berkumpul pada hari itu setiap minggu di masjid-masjid. Allah SWT memerintahkan hamba-hamba-Nya yang mukmin berkumpul untuk menunaikan ibadah kepada-Nya.”

Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ‌ اللَّـهِ وَذَرُ‌وا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ‌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿٩

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli; Yang demikian itu lebih baik bagimu Jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah Al-Jumaah 62: Ayat 9).

3.  Hari Ramai Malaikat Turun ke Bumi


Pada hari Jumaat juga, Allah SWT mengutus para malaikat turun ke muka bumi. Di tangan terdapat mereka tinta kalam emas dan kertas-kertas daripada perak, mereka juga berdiri dan menunggu di pintu-pintu masjid bagi mencatat nama-nama mereka yang hadir ke masjiddan mendirikan Solat Jumaat.
Apabila telah sempurna dan selesai Solat Jumaat, mereka kembali ke araysh untuk menyembahkan hasil catatannya kepada Allah SWT dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah SWT berfirman: “Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”


4. Hari Dihapuskan Dosa


Diampuni dosa-dosanya antara Jumaat tersebut dengan Jumaat sebelumnya. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : “Solat lima waktu (sehari semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)

Dari Salman Al-Farisi Radhiyallahu Anhu mengatakan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Tidaklah seseorang mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyak, atau memakaikan minyak wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia hendak mendirikan solat yang sesuai dengan tuntutannya, lalu diam mendengarkan (dengan seksama) ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (Dosa dosanya yang terjadi) antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya.” (HR. Bukhari)

Salman Al Farisi berkata lagi, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersuci sesuai kemampuan, merapikan rambutnya, memakai minyak wangi, lalu berangkat ke masjid, dan masuk masjid tanpa melangkahi sesiapa, kemudian solat sesuai tuntunan dan diam tatkala imam berkhutbah, nescaya diampuni dosa-dosanya di antara dua Jumaat.” (HR. Bukhari).

5. Hari Berlakunya Qiamat


Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya ‘Qiamat’ (hari pembalasan). Dalam suatu hadis, Rasulullah صلى الله عليه وسلم ada menyebut bahawa: “Pada hari Jumaat juga Qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)

Dalam hadis lain, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم.: “Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah Azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat.” (Hadis Riwayat  Ibnu Majah dan  Al-Baihaqi)

Friday, March 16, 2012

Mengandung Luar Nikah

Kerenah pelanggan setiap kali berurusan di kaunter berbagai-bagai jenis. Ada yang mudah memberi kerjasama dan ada yang sebaliknya. Paling ketara adalah apabila berdepan dengan kerenah pelanggan yang tidak boleh bersabar. Di Pejabat Agama Islam amnya, orang awam akan mengetahui, Pejabat Agama adalah tempat menguruskan hal nikah,cerai dan ruju'. Pelanggan yang kurang bersabar kebiasaannya apabila mereka terdesak untuk menyelesaikan masalah tidak kira semasa membuat permohonan berkahwin, bercerai mahupun ruju'. Kes yang paling popular adalah apabila terpaksa berkahwin setelah perempuan disahkan mengandung.

Setiap bulan, kes mengandung sebelum berkahwin akan hadir di Pejabat Agama. Pada ketika ini, yang menangis atau malu bukanlah pasangan muda belia, sebaliknya ibu bapa pasangan. Apabila terjadi kes sebegini, segala prosedur@check list yang diperlukan untuk membuat permohonan berkahwin seboleh mungkin keluarga pasangan akan meminta untuk diberi kelonggaran. Segala jenis cerita akan dikeluarkan bagi mendapatkan simpati. Adakalanya kita memikirkan mengapa terlalu singkat akal fikiran manusia sekarang terutamanya belia. Mengapa perempuan sekarang terlalu mudah menyerah@memberi. Apabila telah sah mengandung, barulah maruah keluarga difikirkan.

Dari sudut mahu menasabkan anak yang dikandung sebelum berkahwin, peraturan Jabatan Pendaftaran adalah apabila membuat permohonan daftar kelahiran,jika didapati jarak tarikh pernikahan pasangan dan tarikh lahir anak kurang dari 6 bulan, anak tersebut tidak boleh di 'bin' atau di 'binti' dengan nama bapa. Terdapat juga pasangan yang tetap mahu anak tersebut diletakkan nama bapa dan perkara ini akan beralih pula kepada perkiraan mengikut bulan hijrah@Islam. Islam menetapkan anak boleh dinasabkan dengan nama bapa apabila jarak tarikh pernikahan dan tarikh lahir anak tidak kurang dari 6 bulan mengikut kiraan bulan hijrah.

Realitinya, akhlak anak muda sekarang kritikal akibat pergaulan yang terlalu bebas. Remaja sekarang menganggap soal maruah keluarga adalah tidak penting. Yang penting keseronokan yang dikecapi tanpa memikirkan kesan pada masa akan datang.

Monday, January 17, 2011

Gejala Sosial Di kalangan Remaja

Remaja merupakan golongan pewaris kepimpinan hari ini dan penerus wawasan negara. Kepesatan pembangunan ekonomi & teknologi telah memberi kesan kepada pembangunan sosial & insaniah remaja. Kerajaan & juga pelbagai pihak lain berusaha untuk mendidik remaja di dalam membentuk remaja yang berkualiti untuk memimpin negara dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat IPT. Namun, di dalam zaman siber ini, keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meruncing hingga menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat. Jika dulu masalah sosial hanya berlaku di kawasan bandar yang membangun dan kota besar, masalah sosial ini turut menular di kawasan luar bandar. Lebih menyedihkan, remaja berusia seawal usia 11 tahun telah pun terjebak di dalam masalah ini. Di antara masalah yang seringkali berlaku di kalangan remaja ialah:
1. Samseng & Gengsterisme

Gejala samseng & gengsterisme yang berlaku di sekolah menengah semakin membimbangkan. Adakalanya kerana terpengaruh dengan rakan sebaya, remaja menyertai kumpulan gengster di luar. Kebiasaannya apabila kumpulan gengster ini dibentuk di sekolah,kumpulan ini akan mengambil kesempatan untuk membuli pelajar yang lemah. Mereka tidak takut kepada sesiapa kerana merasakan sudah kuat & boleh membuat apa sahaja. Amaran keras dari pihak sekolah dan hukuman dibuang atau digantung dari persekolahan tidak menjadi masalah besar buat mereka. Kumpulan ini bukan sekadar membuli pelajar yang lemah, malah ada yang lebih berani mula terbabit di dalam penyalahgunaan dadah, mencuri, mengugut & yang lebih kronik terbabit dalam jenayah berat seperti merogol & membunuh.

Tidak terkecuali juga bagi remaja yang terlibat di dalam kumpulan punk & skin head. Sungguhpun mereka mengatakan bahawa mereka menyertai kumpulan ini sekadar suka-suka & tidak terbabit di dalam kes jenayah, terdapat juga laporan di dalam media cetak sesetengah kumpulan punk & skinhead terbabit dalam kes jenayah apabila mereka terlalu taksub dengan idealogi kumpulan.


2. Seks Bebas

Seks bebas ini juga antara masalah yang semakin meruncing yang mana remaja yang terlibat bukan sahaja tinggal di kawasan bandar & kota, malah turut berlaku di luar bandar. Lebih menyedihkan, remaja yang terbabit yang berusia seawal 12 tahun. Pengaruh dari rakan-rakan & juga video lucah antara punca berlakunya masalah seks bebas. Kes yang kerap dilaporkan di media cetak ialah remaja perempuan yang lari dari rumah kerana mengikut teman lelaki. Alasan yang kerap diberikan adalah tidak tahan dikongkong oleh ibu bapa & ingin mencari kebebasan di luar. Berlakunya hubungan seks bebas ini sehingga remaja perempuan mengandung anak yang tidak sah taraf. Bagi remaja perempuan yang kebingungan untuk mencari jalan penyelesaian, desakan dari rakan-rakan & teman lelaki untuk menggugurkan kandungan & membuang bayi adalah antara penyelesaian singkat bagi mengelak daripada menjadi tohmahan masyarakat. Namun,terdapat juga remaja yang hamil anak tidak sah taraf tidak sanggup mengambil risiko membahayakan nyawa dengan menggugurkan kandungan. Mereka meminta bantuan daripada pihak rumah kebajikan untuk membimbing mereka kembali ke pangkal jalan. Kerajaan Melaka misalnya mengambil inisiatif dengan menubuhkan sekolah remaja yang hamil anak tidak sah taraf untuk membantu remaja ini dengan memberi perlindungan & bimbingan kepada mereka. Walaupun cadangan ini pada awalnya mendapat reaksi negatif daripada masyarakat, namun ia merupakan salah satu cara untuk memberi perlindungan kepada remaja yang terjebak dalam kancah sosial.
3. Minum Arak & Penyalahgunaan Dadah.

Sikap suka mencuba & menyahut cabaran rakan-rakan antara sebab berlaku gejala ini. Arak boleh dibeli di kedai runcit dijual dengan harga yang murah. Bukan perkara yang pelik jika akhbar ada melaporkan pelajar sekolah rendah juga ada yang membeli minuman keras & berkongsi dengan rakan-rakan mereka. Penyalahgunaan dadah juga antara masalah sosial yang paling kerap dilaporkan. Berdasarkan kajian Yayasan Perlindungan Jenayah Malaysia mendapati kebanyakan penagih dadah di Malaysia mula mengenali dadah dalam lingkungan usia 13-15 tahun & 71% daripada penagih baru terdiri daripada golongan muda yang berusia antara 19-39 tahun. Dadah bukan terhad kepada jenis dadah yang dikenali umum seperti morfin, heroin, metaphatemin, ganja & pil kuda, ia turut merangkumi jenis-jenis ubat yang disalahguna seperti ubat batuk & gejala hidu gam. Tidak kira dadah, arak atau pun hidu gam, ia membawa risiko yang amat tinggi sehingga boleh membawa maut.


4. Lumba Haram


Gejala mula popular di kalangan remaja sekitar akhir tahun 90 an. Alasan sering kali diutarakan oleh remaja yang menyertai lumba haram ini adalah inginkan kebebasan & keseronokan. Kebiasaannya, hadiah yang dipertandingkan dalam perlumbaan ini adalah wang pertaruhan yang diperolehi dari penonton & gadis remaja daripada kumpulan yang kalah. Mereka tidak ketinggalan menggunakan dadah. Kumpulan lumba haram ini tidak takut kepada pemantauan pihak polis & yang paling teruk mereka tidak takut mati setiap kali berlumba. Tidak menjadi masalah besar buat mereka seandainya mereka pernah terbabit dalam kemalangan atau rakan mereka maut ketika berlumba. Kumpulan ini mempunyai perasaan setia kepada kumpulan masing-masing & sanggup terlibat dalam pergaduhan. Motosikal yang digunakan untuk perlumbaan haram kebiasaannya telah diubah. Peratusan remaja yang terlibat dalam perlumbaan haram ini semakin meningkat & pihak polis sendiri semakin kerap membuat pemantauan bagi mengurangkan kes lumba haram sekaligus mengurangkan kadar kemalangan ngeri akibat perlumbaan tersebut.


5. Ponteng Sekolah


Senario ponteng sekolah bukanlah masalah sosial baru di kalangan pelajar sekolah di negara ini. Daripada keseluruhan pelajar yang dikenal pasti terbabit dengan masalah ponteng, kira-kira 97% adalah dari kalangan pelajar lelaki & 3% adalah pelajar perempuan. Masalah ponteng sekolah lebih ketara berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah iaitu tingkatan 2 & 3 terutama mereka yang bersekolah di kawasan bandar & sekolah di pinggir bandar. Di antara faktor yang menyebabkan berlaku masalah ini ialah tiada minat atau motivasi untuk ke sekolah, pengaruh rakan sebaya & pengaruh persekitaran seperti melepak di pusat hiburan, pusat membeli belah & melayari internet di cyber cafe.


PUNCA BERLAKU MASALAH SOSIAL DI KALANGAN REMAJA.


1. Peranan Ibu bapa


Seringkali dikatakan ibu bapa mempengaruhi kejayaan remaja khasnya pelajar dalam pelajaran. Ini kerana ibu bapa yang sentiasa memberi galakan & perangsang sehingga mereka timbul minat, semangat ketekunan & keyakinan diri dalam menghadapi pelajaran. (Jamal Darus, 1989). Ibu bapa juga yang menentukan pola-pola tingkah laku remaja. Faktor-faktor seperti dorongan & galakan, disiplin di rumah, hubungan mesra antara ibu bapa & anak seta keluarga yang utuh memberi kesan ke atas pembentukan personaliti, motivasi & pencapaian akademik remaja yang masih bergelar pelajar. Oleh itu, ibu bapa yang kurang memainkan peranan dalam pembentukan & perkembangan personaliti atau sahsiah remaja menyebabkan konflik sahsiah remaja tersebut. Ini menyebabkan remaja mencari jalan keluar dengan bersifat agresif & memberontak. Remaja yang mempunyai sifat tersebut lebih gemar menghabiskan masanya di luar rumah kerana berasa terkongkong berada di dalam rumah. Maka, dari sini bermulanya pengaruh-pengaruh negatif yang menyebabkan remaja terlibat dengan masalah sosial.


2. Masalah Keluarga


Faktor yang ke 2 ialah masalah keluarga seperti keluarga yang berpecah belah akibat penceraian, kehilangan tempat bergantung dan seringkali berlaku pertengkaran di antara ibu bapa. Remaja yang mempunyai masalah keluarga sering kali mencari tempat bagi melepaskan tekanan yang mereka ada. Pada ketika ini, pengaruh daripada rakan-rakan banyak menjadi punca kepada remaja untuk terlibat dalam masalah sosial. Peranan daripada ahli keluarga lain dapat membantu mereka menentukan arah perjalanan mereka dalam menghadapi cabaran zaman moden ini.


3. Pengaruh Rakan Sebaya


Dalam diri remaja, pengaruh lingkungan dalam menentukan perilaku diakui cukup kuat. Kelompok rakan sebaya diakui dapat mempengaruhi pertimbangan & keputusan seorang remaja tentang perilakunya. Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri & mempunyai pengaruh yang ketara. Mereka dapat mempengaruhi disiplin seseorang remaja. Jika rakan sebaya mempunyai sifat-sifat positif seperti berdisiplin & cenderung melakukan perkara yang menbawa kebaikan, begitu juga sifat remaja berkenaan. Tetapi jika rakan sebaya cenderung mempunyai sifat negatif, begitu juga sikap remaja berkenaan. Ini kerana remaja ingin dirinya diterima oleh rakan-rakan. Dengan itu, mereka sanggup melakukan apa sahaja supaya diterima oleh ahli kumpulannya. Remaja yang berasal dari keluarga yang bermasalah lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya & membentuk kumpulan sendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat. Paling teruk atas sebab pengaruh rakan sebaya ini akan mempengaruhi remaja terlibat dengan najis dadah, merogol, merompak & membunuh.


4. Penyalahgunaan IT


Di zaman penggunaan teknologi maklumat & komunikasi yang semakin berkembang pesat di Malaysia, ibu bapa berdepan dengan cabaran yang besar di dalam mengawal anak-anak mereka dari tidak menyalahgunakan teknologi ini. Antara penyalahgunaan IT yang paling popular sekarang adalah penyebaran video & gambar lucah di telefon bimbit. Muat turun aplikasi ini amat mudah didapati di kedai-kedai yang menawarkannya dengan harga semurah RM5. Bermula dengan ketagihan menonton aplikasi ini, remaja ingin mencuba. Maka terjadilah kes seks bebas & masalah pembuangan bayi yang semakin kritikal. Ada di antara remaja yang merakam aksi mereka melakukan hubungan seks atau merogol beramai-ramai & menyebarkan rakaman tersebut di dalam internet atau kepada rakan-rakan. Penggunaan laman web sosial seperti Facebook, Twitter & Friendster juga boleh menjadi virus sekiranya ia disalahgunakan. Tidak ada salahnya menambah kenalan tetapi jangan sesekali ia dijadikan tempat untuk memaparkan gambar atau video lucah. Disinilah terletak pentingnya peranan ibu bapa mengawal anak-anak mereka daripada melayari laman web lucah.


5. Rasa Ingin Tahu


Faktor lain yang membawa kepada berlakunya masalah sosial ini adalah sikap remaja yang ingin mencari sesuatu yang baru atau sikap ingin tahu. Biasanya mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang itulah yang ingin diteroka oleh mereka. Selain itu, remaja sekarang lebih suka kepada cabaran & mudah terikut-ikut dengan gaya & gaya hidup lain daripada yang lain. Jika tidak kena pada caranya, remaja akan terjebak dalam masalah sosial. Sebagai contoh kes hamil luar nikah, memetik kenyataan Akhbar Utusan Malaysia (30 September 2002) menyatakan, sikap terpedaya & sukar mengawal hawa nafsu dikenal pasti sebagai punca utma berlakunya gejala tersebut. Ini membuktikan, sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu tanpa mengetahui baik atau buruknya serta akibat yang bakal diterima.


6. Kurangnya Didikan Agama


Jika ibu bapa tidak menerapkan ajaran agama dalam diri remaja, sedikit sebanyak remaja tersebut kurang panduan dalam menghadapi cabaran sosial. Pendidikan agama perlu diterap dalam diri remaja sejak kecil. Ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran & Hadith sebenarnya sudah cukup menyeluruh untuk dijadikan panduan hidup. Islam sudah menerangkan secara jelas tentang bahana setiap gejala sosial jika dilakukan oleh orang Islam.


CARA MENGATASI GEJALA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA.


1. Peranan Ibu bapa


Kita telah ketahui antara punca utama dalam penglibatan remaja dalam gejala sosial ini adalah kurangnya perhatian & kasih sayang daripada ibu bapa & keluarga. Bagi mengatasi masalah ini daripada terus berlarutan, ibu bapa perlu memberi perhatian, bimbingan & kasih sayang kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih sayang yang secukupnya, maka anak-anak akan mencari kasih sayang tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya.


2. Peranan Sekolah


Pendidikan merupakan elemen penting dalam strategi pencegahan & sekolah merupakan institusi penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari gejala sosial. Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenal pasti, merancang & melaksanakan segala program & aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan masalah sosial di peringkat sekolah & IPT untuk mewujudkan pemikiran generasi muda supaya menjauhi gejala sosial, menyediakan alternatif berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan gejala sosial & mewujudkan persekitaran yang menjadikan masalah sosial itu dibenci & jijik.


3. Kesedaran Diri Sendiri


Remaja itu sendiri perlu ada kesedaran dalam menghadapi dunia yang penuh mencabar. Dalam soal ini, pemilihan rakan sebaya turut memainkan peranan dalam membentuk sahsiah diri remaja. Remaja perlu memikirkan baik atau buruk serta akibat sebelum melakukan sesuatu perbuatan dengan mendapatkan pandangan daripada ibu bapa & guru. Untuk mengelak dari terjebak dalam masalah sosial ini, remaja boleh melibatkan diri secara aktif dalam sukan & kem motivasi yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan & pertubuhan bukan kerajaan.


KESIMPULAN.


Semua anggota masyarakat tidak kira peringkat bawahan atau atasan perlu mengambil inisiatif untuk membendung gejala sosial ini dari terus menular dengan lebih serius. Setiap individu, keluarga & masyarakat di satu-satu kawasan perlu bekerjasama & mempunyai peranan dalam pencegahan gejala ini & memastikan kawasan mereka bersih daripada gejala sosial ini. masyarakat juga perlu menyokong usaha pihak lain seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan dalam melaksanakan program-program untuk remaja. Strategi jangka panjang ini juga untuk mewujudkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat tentang bahayanya gejala sosial ini jika tidak dibendung. Didikan agama perlu dititik beratkan dalam keluarga agar ia dapat dijadikan panduan.

Tuesday, December 14, 2010

Kelebihan 10 Muharam

Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah, apakah kelebihan 10 Muharam berbanding dengan hari-hari lain?" Sabda Rasulullah s.a.w :
  • Allah menciptakan langit, bintang & sebagainya pada 10 Muharam
  • Allah menciptakan gunung ganang
  • Allah mencipta laut
  • Allah mencipta Qalam (pena untuk menulis amal manusia)
  • Allah papan tulis (Luh Mahfuz)
  • Allah mencipta Nabi Adam a.s
  • Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada 10 Muharam
  • Nabi Ibrahim a.s diselamatkan dari api Namrud
  • Nabi Ismail a.s selamat dari disembelih oleh Nabi Ibrahim a.s
  • Firaun ditenggelamkan dalam Laut Merah
  • Dosa Nabi Daud a.s diampunkan
  • Nabi Isa a.s dilahirkan
  • Nabi Yunus a.s dikeluarkan dari perut Ikan Nun
  • Penyakit Nabi Ayub a.s disembuhkan
  • Nabi Isa a.s diangkat ke langit
  • Taubat Nabi Adam a.s diterima
  • Nabi Sulaiman a.s dianugerahkan takhta kerajaan
  • Arasy dicipta
  • Bahtera Nabi Nuh a.s diselamatkan daripada tenggelam

Monday, August 23, 2010

Balasan Meninggalkan Solat 5 Waktu

Ketahuilah wahai umat Islam!!!!

Firman Allah Taala :"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini?Mereka menjawab: Kami tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang bersembahyang." (Surah Al-Mudathsir ayat 42-43)

Seksaan Ketika Hidup Di Dunia.

* Allah mengurangkan keberkatan umurnya. * Doanya ditolak

* Rezekinya disempitkan oleh Allah * Hilang cahaya soleh dari wajahnya

* Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam.

* Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.

Seksaan Ketika Sakaratul Maut.

* Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina.

* Matinya dalam keadaan menderita kelaparan.

* Matinya dalam keadaan sangat haurs walaupun diberi minum air sebanyak 7 lautan.

Seksaan Ketika Di Dalam Kubur.

* Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit yang mungkin.

* Digelapkan kuburnya.

* Allah akan menyeksanya dengan seksaan yang amat pedih sehingga Hari Qiamat.

Seksaan Ketika Di Hari Qiamat.

* Dia akan dibelenggu & diseret ke Padang Mahsyar oleh malaikat.

* Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan.

* Allah tidak akan mengampuni dosanya & dia akan diseksa dengan keras di dalam neraka.

Nisbah Dosa Bagi Orang Yang Meninggalkan Solat 5 Waktu.

Subuh: Ia akan diseksa selama 60 tahun di dalam neraka.

Zohor : Dosanya seperti membunuh 1000 orang Islam.

Asar : Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib : Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan)

Isyak: Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah ini & digesa mencari bumi lain.

Seksa Neraka ( Hukum Mengumpulkan 2 Waktu Solat)

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai @ sengaja menggabungkan waktu solat Zohor & Asar (solat di akhir waktu Zohor & diikuti solat Asar sebaik sahaja masuk waktunya). Renungkan hadith Rasulullah s.a.w yang menghalang perkara tersebut :

Saad b Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah mengenai orang yang melalaikan solatnya, maka baginda menjawab :"Iaitu mengakhirkan waktu solatnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu solat lain. Mereka telah mensia-siakan & melewatkan waktu solatnya, maka mereka diancam dengan Neraka Wail."

Ibn Abbas & Said b Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadith di atas "iaitu orang yang melengah-lengahkan solat mereka sehingga sampai kepada waktu solat lain, Neraka Jahanam tempat kembali mereka".

Dalam hadith yang lain Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang mengumpulkan 2 solat tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar." (Riwayat Al-Hakim)

Seksa Neraka Bukan Kepalang.

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia & di alam kubur tidak terlepas daripada 3 seksaan. 3 jenis seksaan di dalam kubur ialah:

* Kubur akan menghimpit serapat-rapatnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuk.

* Dinyalakan api di dalam kuburnya & api itu akan membelit & membakar tubuhnya siang & malam tanpa henti.

* Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" & ular itu berkata:"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia-siakan solat Subuh."

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudia dipukul & dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan solat Zohor. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan solat Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak & seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah Hari Qiamat.

Di dalam Neraka Jahanam terdapat lembah yang di dalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta & panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya hanyalah mengigit orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu menjalar di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi & begitulah seterusnya. Waallahua'lam

Friday, August 20, 2010

Seksaan Neraka Bagi Wanita Yang Melakukan Maksiat

Saidina Ali r.a menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah s.a.w menangis ketika beliau bersama dengan isterinya Fatimah r.a. Lalu keduanya bertanya mengapa baginda menangis. Baginda menjawab :"Pada malam aku diisra'kan, aku melihat perempuan-perempuan diseksa dengan pelbagai seksaan. Itulah sebabnya aku menangis. Seksaan yang mereka lalui teramat berat & menggerikan."
Puteri Rasulullah s.a.w kemudian bertanya kepada ayahandanya tentang apa yang dilihat. Baginda menjawab:"Aku melihat ada perempuan digantung rambutnya & otaknya mendidih. Aku lihat ada perempuan tergantung kedua kakinya dengan tangannya terikat sampai ke ubun-ubunnya & dihulurkan kepadanya ular & kala jengking.
Aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri & dibawahnya dinyalakan api neraka. Aku turut melihat ada perempuan yang bermuka hitam memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang badannya seperti keldai & melalui beribu-ribu penyeksaan. Ada perempuan yang rupanya seperti anjing sedang api masuk melalui mulut & keluar melalui duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pemukul dari api neraka."
Fatimah Az-Zahra kemudian bertanya mengapa mereka diseksa seperti itu, Rasulullah s.a.w menjawab:"Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga dilihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.
Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan tidak taat kepada suaminya, dia keluar rumah tanpa izin suaminya & perempuan yang tidak mahu mandi wajib setelah suci dari haid & nifas.
Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya & suka mengumpat.
Perempuan yang diikat kedua kaki & tangannya ke atas ubun-ubunnya kerana ia dibolehkan solat tetapi tidak mengamalkannya & tidak mahu mandi wajib.
Perempuan yang badannya seperti keldai ialah seorang pengumpat & pendusta manakala perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah & membenci suaminya.
Mendengar apa yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w, Saidina Ali & Fatimah turut menangis. Ia adalah peringatan kepada wanita Islam.....

Monday, August 16, 2010

Rakyat Raja Zalim Beriman Lantaran Anak Kecil

Dinukilkan hadith riwayat Muslim & Ahmad, kisah seorang anak kecil yang beriman dengan Allah antara lain sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Pada zaman dahulu, ada seorang raja yang mempunyai seorang ahli sihir yang tua. Pada suatu hari, ahli sihir itu menghadap raja & menerangkan beliau sudah tua & hampir ajalnya. Ahli sihir itu meminta dicarikan seorang budak kecil untuk diturunkan ilmu sihirnya. Permohonan itu diperkenankan raja lalu diserahkan kepadanya anak kecil tersebut & datanglah berulang kali untuk mempelajari sihirnya. Di antara tempat tinggal ahli sihir & anak kecil itu ada seorang pendeta mendiami di sebuah rumah. Dia sentiasa singgah di rumah pendeta tersebut & banyak mendengar ucapan-ucapan yang menarik hatinya.
Ahli sihir tersebut memarahi & memukul anak kecil itu apabila datang lambat. Jika pulang lambat ke rumah pula, si anak juga dimarahi oleh orang tuanya. lalu dia diajarkan oleh pendeta tua itu dengan satu jawapan, apabila dia datang lambat jawablah:"kerana lambat turun dari rumah". Jika ditanya mengapa pulang lambat katakan:"Guruku ahli sihir menahan aku."
Demikianlah selalu anak kecil itu dengan kerja hariannya berulang alik ke rumah ahli sihir & pendeta tersebut. Pada suatu hari sewaktu anak kecil itu melalui satu jalan raya, dia terserempak dengan seekor binatang buas yang menghalang perjalanan orang yang lalu lalang.
Lalu dia berkata:"Aku akan gunakan antara ilmu yang aku pelajari dari ahli sihir atau ajaran pendeta tersebut." Diambil batu & diucapkan:"Ya Allah, kalau ajaran pendeta itu benar di sisi-Mu lebih daripada ajaran ahli sihir, maka bunuhlah binatang ini agar semua manusia dapat melalui jalan ini." Lalu dilemparkan batu tersebut & matilah binatang itu.
Kemudian dia menemui pendeta tersebut & diceritakan peristiwa tersebut. Maka pendeta itu berkata:"Wahai anakku, engkau telah mencapai darjat yang tinggi daripadaku. Tetapi aku menasihati engkau bahawa akan datang pelbagai dugaan. Maka dengan itu janganlah engkau beritahu tentang hubungan engkau & aku."
Sejak itu, anak kecil itu terkenal & dapat mengubati pelbagai penyakit seperti kusta & lain-lain. Kebetulan raja mempunyai seorang pembesar yang buta. Pembesar itu meminta dia datang mengubatinya. Beliau berkata:"Sembuhkanlah mataku! Jika sembuh aku akan tambah hadiah yang banyak." Anak kecil itu menjawab:"Saya tidak berkuasa menyembuhkan apa jua penyakit. Hanya Allah yang berkuasa menyembuhkannya. Kalau tuan sudi beriman kepada Allah, saya akan berdoa memohon agar Allah menyembuhkan tuan."
Mendengar ajakan anak kecil itu, maka berimanlah pembesar tersebut & dengan sekelip mata beliau sembuh. Dia kemudian mengadap raja. Raja tercengang lalu bertanya:"Siapakah yang menyembuhkanmu?" Beliau menjawab:"Tuhanku." Raja bertanya lagi:"Akukah Tuhanmu?" Pembesar itu menjawab:"Bukan!Tuhanku adalah Allah".
Raja berasa marah mendengar jawapan itu & mengarahkan pembesar itu ditangkap & diseksa. Kerana tidak tahan diseksa, beliau memberitahu bahawa si anak kecil yang mengajarnya. Lantas anak kecil itu ditangkap & ditanya bolehkah dia mengubati penyakit kusta. Anak kecil itu menjawab:"Aku tidak dapat menyembuhkan penyakit melainkan hanya Allah yang Maha Kuasa." Raja bertanya:"Adakah aku tuhan yang dimaksudkan." Anak kecil itu menjawab:"Bukan! Allah adalah Tuhanku." Raja bertanya lagi:"Apakah engkau mengakui tuhan selain aku?" Dengan tegas si anak kecil itu menjawab:"Tuhanku & Tuhanmu adalah Allah!" Mendengar jawapan tersebut, si anak kecil itu diseksa. Dia pn dipaksa mengakui siapa yang mengajarnya. Kerana tidak tahan dengan seksaan, dia memberitahu bahawa pendeta adalah gurunya.
Pendeta tersebut segera ditangkap & diseksa. Beliau dipaksa meninggalkan agama anutannya. Lalu raja mengarahkan agar kepala pendeta itu digergaji hingga putus. Begitu juga pembesar yang menganut ajaran tuhan diperlakukan seksaan yang sama & terus mati.
Si anak kecil itu dibawa menghadap raja & disuruh meninggalkan agama anutannya. Tetapi dia tidak mahu. Lalu raja memerintahkan agar si anak kecil itu dibawa ke gunung & raja memerintahkan:"Apabila sampai ke puncak gunung, paksa dia untuk kembali kepada agama kita, jika tidak lemparkannya ke bawah." Si anak kecil itu terus berdoa:"Ya Allah, peliharakanlah aku dari mereka dengan kekuasaan-Mu."
Tiba-tiba gunung itu bergocang kuat & semua orang mati. Hanya anak kecil itu yang terselamat. Raja tidak berpuas hati lalu menangkap anak kecil itu untuk di buang ke laut. Dia tetap berkeras untuk tidak kembali kepada agama sesat. Tiba-tiba datang angin ribut yang besar menenggelamkan orang suruhan raja & hanya anak kecil itu terselamat. Dia menghadap raja sekali lagi. Kemudian si anak kecil berkata:"Wahai Raja! Tuanku tidak dapat membunuhku dengan cara yang demikian, hanya dengan apa yang aku suruhkan ini sahaja mampu membunuhku."
Lalu raja bertanya:"Apakah itu?" Anak kecil itu menjawab:"Tuanku suruh manusia berkumpul di satu tempat, kemudian aku disalib lalu tuanku ambil anak panah kepunyaanku kemudian bidikkan tepat padaku lalu dibaca 'Dengan nama Allah Tuhan anak kecil ini', dengan cara itu barulah dapat membunuhku". Permintaan itu diperkenankan raja lalu diucapkan:"Dengan nama Allah, Tuhan anak kecil ini." Lalu dipanah tepat mengenai dada si anak kecil itu & mati. Tiba-tiba bergema seluruh yang hadir:"Kami beriman kepada Tuhan anak kecil ini."
Bertempik suara menyatakan iman kepada Allah yang dipercayai anak kecil itu. Maka salah seorang daripada pembesar membisikkan sesuatu kepada raja:"Tidakkah tuanku perhatikan? Bukankah apa yang tuanku takuti ini terjadi? Budak kecil itu mati, tetapi semua orang menganut ajarannya."
Raja sangat murka & memerintahkan digali lubang & parit besar yang dinyalakan api di dalamnya. Beliau mengancam kepada semua dengan berkata:"Sesiapa yang masih memegang kepercayaan anak kecil itu akan dimasukkan ke dalamnya & dibakar, hanya yang percaya agama pusaka nenek moyang akan terselamat." Mendengar ancaman tersebut berduyun-duyun manusia menanti giliran untuk dibakar. Ada seorang perempuan yang mendukung anaknya menghampiri lubang api itu dengan ragu-ragu. Lantas si anak bersuara:"Tetapkanlah hatimu wahai ibuku! Ibu adalah dalam agama yang benar!".
Penutup - Syed Qutub berkata:"Ayat penamat ini merupakan penamat yang hakiki bagi perjuangan itu. Itulah hakikat penjelasan yang pertama mengenai peristiwa parit api supaya hakikat ini tertanam di dalam hati sekumpulan kecil orang yang beriman di Mekah pada masa itu & setiap kelompok yang beriman menghadapi penindasan di sepanjang abad."

Friday, August 13, 2010

Azab Kubur

Setiap yang hidup pasti akan mati. Azab kubur yang dilalui oleh manusia di dalam kubur adalah berbeza mengikut amalan yang dilakukan semasa hidup. Walau bagaimanapun masih terdapat manusia yang tidak mempercayai mengenai azab kubur. Al-Quran telah menjelaskan mengenai azab kubur melalui dalilnya. Antaranya ialah:

1. Allah swt berfirman: "Maka Allah memeliharanya dari kejahatan tipu daya mereka & Firaun bersama kaumnya dikepung oleh azab yang amat buruk. Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi & petang & pada hari terjadinya kiamat. (Dikatakan kepada malaikat):'Masukkanlah Firaun & kaumnya ke dalam azab yang sangat keras'. (Surah Ghafir : ayat 45-46)

Ibn Kathir berkata:" Ayat ini adalah dalil yang paling kuat bagi Ahli Sunnah untuk menetapkan adanya azab kubur, iaitu firman Allah " Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi & petang".

2. Allah swt berfiman: "Maka biarkanlah mereka hingga mereka menemui hari (yang dijanjikan kepada) mereka yang pada hari itu mereka dibinasakan, (iaitu) hari ketika tidak berguna bagi mereka sedikit pun tipu daya mereka & mereka tidak di tolong. & sesungguhnya untuk orang2 zalim ada azab selain itu. Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya." (Surah At-Thur: ayat 45-47)

Ibn Abil 'Izzi Al-Hanafi rahimahullah berkata:"Firman Allah swt ini kemungkinan yang dimaksudkan adalah mereka diazab di dunia dengan dimatikan atau yang lainnya. Kemungkinan (yang ke 2) mereka di azab di alam barzakh. Makna yang ke 2 ini nampak lebih jelas kerana kebanyakan mereka mati dalam keadaan belum di azab di dunia. Atau kemungkinan (yang ke 3) maksudnya adalah umum iaitu azab di dunia & di akhirat (termasuk azab kubur)."

3. Allah swt berfirman: "Nanti mereka akan Kami seksa 2 kali kemudian mereka akan dikembalikan kepada azab yang besar." (Surah At-Taubah: ayat 101)

Asy-Syaikh Hafizh b Ahmad Al-Hakami berkata:" Ibnu Mas'ud r.a., Abu Malik, Ibnu Juraid, Al-Hasan Al-Basri, Sa'id, Qatadah & Ibnu Ishaq mengatakan (secara kesimpulan) bahawa yang dimaksudkan dengan ayat tersebut adalah azab di dunia & azab di kubur. Kemudian mereka akan dikembalikan ke azab yg besar iaitu neraka jahannam.

4. Allah swt berfirman: "& sesungguhnya Kami berikan kepada mereka sebahagian azab yang dekat sebelum azab yang besar (di akhirat). Mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar)". (Surah As-Sajadah: ayat 21)

Ibnu Kathir berkata :"Al-Bara' b 'Azib, Mujahid & Abu Ubaidah berkata bahawa yang dimaksudkan dengan ayat tersebut ialah azab kubur.

Melalui hadith juga ada disebut mengenai azab kubur. Di antaranya ialah:

1. Dari Anas b Malik ra, dari Nabi s.a.w bersabda, "& aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur."

2. Dalam Riwayat Muslim, dari Anas b Malik ra, bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Jika kamu tidak menguburkan jenazah, nescaya aku akan meminta kepada Allah agar memperdengarkan sebahagian azab kubur yang aku dengar kepada kamu."

3. Dari Ibnu Abbas ra, dia berkata: Nabi s.a.w melalui di antara 2 kubur. Baginda bersabda: "Sesungguhnya keduanya sedang diazab & tidaklah keduanya diazab disebabkan suatu perkara yang besar. Salah satunya tidak menjaga diri dari percikan air kencing sedangkan yang lain suka mengadu domba antara manusia."Baginda lalu mengambil pelepah kurma yang masih basah kemudian baginda membelah menjadi 2 bahagian & baginda pancangkan satu bahagian pada 2 kubur tersebut. Para sahabat bertanya:"Wahai Rasulullah, mengapa engkau melakukan hal ini?"Baginda menjawab:"Mudah-mudahan diringankan azab tersebut daripada keduanya selagi pelepah kurma itu belum kering."
4. Dari Aisyah r.a., dia berkata: Aku bertemu dengan seorang wanita Yahudi, kemudian dia menceritakan azab kubur maka aku mendustakannya. Kemudian Nabi s.a.w bertemu dengan aku lalu aku pun menceritakan kejadian itu kepada baginda. Baginda bersabda:"Demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, sungguh mereka akan diazab di kubur mereka sehingga haiwan-haiwan pun turut mendengar jerita-jeritan mereka." (Riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w Berlindung Dari Azab Kubur.
Rasulullah s.a.w berlindung dari azab kubur & memerintahkan umatnya untuk berlindung darinya. Dari Aisyah r.a., dia bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang azab kubur, maka baginda menjawab:"Ya, azab kubur itu memang betul ada." Aisyah r.a. berkata:"Setelah kejadian tersebut, aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w melakukan solat kecuali berlindung dari azab kubur." (Riwayat Al-Bukhari)
Dari Abu Hurairah r.a, dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila salah seorang daripada kamu bertasyahud, hendaklah dia meminta perlindungan daripada 4 perkara, hendaklah dia berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari azab neraka jahannam, azab kubur, fitnah kehidupan & kematian serta dari kejelikan fitnah Al-Masih Ad-Dajjal."
Dari Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhuma:"Bahawa Rasulullah s.a.w mengajar doa ini kepada mereka (para sahabat) sebagaimana baginda mengajar sebuah surah dari Al-Quran" (Riwayat Muslim, At-Tirmizi & An-Nasa'i)
Jenis-jenis Azab Kubur.
1. Diperlihatkan neraka jahannam.
Firman Allah swt yang ertinya:"Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi & petang."(Surah Ghafir:ayat 46) Dari Ibnu Umar bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:"Sesungguhnya apabila salah seorang di antara kamu mati maka akan dinampakkan kepadanya gambaran tempat tinggal pada waktu pagi & petang. Apabila dia termasuk calon penghuni Syurga, maka dinampakkan kepadanya Syurga. Apabila dia termasuk dalam calon penghuni Neraka maka dinampakkan kepadanya Neraka, dikatakan kepadanya:'Inilah tempat tinggal kamu sehingga Allah swt membangkitkan kamu pada hari qiamat."
2. Dipukul dengan penukul dari besi.
Dari Anas r.a, dari Nabi s.a.w bersabda: "Adapun orang kafir@munafik, maka kedua malaikat tersebut bertanya kepadanya:'Apakah jawapanmu tentang orang ini (Rasulullah)?' Dia mengatakan:'Aku tidak tahu, aku mengatakan apa yang dikatakan orang lain'. Maka kedua malaikat itu mengatakan:'Engkau tidak tahu?!Engkau tidak membaca?!' Kemudian ia dipukul dengan penukul dari besi, tepat di wajahnya. Dia lalu menjerit dengan jeritan yang sangat keras yang mana jeritan itu didengar oleh seluruh penduduk bumi kecuali 2 golongan: jin & manusia."
3. Disempitkan kuburnya.
Disempitkan kuburnya sehingga tulang-tulang rusuknya salin bersilangan & didatangi teman yang hodoh wajahnya & busuk baunya. Dalam hadith Al-Bara' b 'Azib r.a yang panjang, Rasulullah s.a.w menceritakan tentang orang kafir setelah mati:"Gelarkanlah untuknya alas tidur dari api neraka & bukakanlah untuknya sebuah pintu ke neraka. Maka panas & wap panasnya mengenainya. Lalu disempitkan kuburnya sehingga tulang-tulang rusuknya berhimpit. Kemudian datanglah kepadanya seseorang yang hodoh wajahnya, buruk pakaiannya & busuk baunya. Dia berkata:'Bergembiralah engkau dengan perkara yang akan menyeksamu. Inilah hari yang dahulu engkau dijanjikan dengannya (di dunia).' Maka dia bertanya:'Siapakah engkau?Wajahmu adalah wajah yang datang dengan kejelekan.' Dia menjawab:'Aku adalah amalanmu yang buruk.' Maka dia berkata:'Wahai tuhanku, janganlah engkau datangkan hari qiamat.' (Riwayat Ahmad, An-Nasa'i, Ibnu Majah & Al-Hakim)
4. Disiat-siat mulutnya
Selain dirobek, dimasukkan ke dalam tungku yang besar, dipecahkan kepalanya di atas batu, ada pula yang diseksa di sungai darah. Apabila dia mahu keluar dari sungai tersebut, dilemparkan batu pada mulutnya. Rasulullah s.a.w berkata kepada Jibril & Mikail sebagaimana yang disebut di dalam hadith yang panjang:"Beritahukanlah kepadaku tentang apa yang aku lihat." Keduanya menjawab:"Ya. Adapun orang yang engkau lihat disiat mulutnya, dia adalah pendusta. Dia bercakap dengan kedustaan lalu kedustaan itu dihebahkan darinya hingga tersebar luas. Maka dia diseksa dengan seksaan tersebut hingga hari qiamat. Adapun orang yang engkau lihat dipecahkan kepalanya, dia adalah orang yang telah Allah ajari dengan Al-Quran, namun dia tidur malam (& tidak bangun untuk sembahyang malam). Pada siang hari pun dia tidak mengamalkannya. Maka dia diseksa dengan seksaan itu hingga hari qiamat. Adapun yang engkau lihat orang yang diseksa dalam pembakaran, mereka adalah penzina. Adapun orang yang engkau di sungai darah, dia adalah orang yang makan harta dari hasil riba." (Riwayat Bukhari)
6. Dipatuk ular-ular yang besar & ganas
Rasulullah s.a.w bersabda:"Tiba-tiba aku melihat para wanita yang buah dada mereka dipatuk ular yang ganas. Maka aku bertanya:'Kenapa dengan mereka?' Malaikat menjawab:' Mereka adalah para wanita yang tidak mahu menyusui anak-anaknya (tanpa alasan yang dibenarkan oleh syariat." (Riwayat Al-Hakim)