Thursday, March 11, 2010

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Rompin



Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Rompin telah diadakan pada 2 Mac 2010 (Selasa). Majlis bermula pada jam 7.30 pagi dengan perarakan bermula dari Padang Dataran Rompin menuju ke Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin. Perarakan disertai oleh 23 pasukan yang terdiri daripada badan kerajaan, swasta & NGO. PAID Rompin turut menganjurkan pertandingan sepanduk & perlawanan persahabatan futsal yang diadakan seminggu sebelum majlis diadakan. Majlis dirasmikan oleh Pegawai Daerah Rompin, Dato' Mohamad Roslan b Harun & turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan kerajaan dalam Daerah Rompin. Ceramah Maulidur Rasul disampaikan oleh Mejar Wan Mazlan b Wan Abdullah (TLDM Tg Pengelih). Majlis berakhir pada jam 11.30 pagi.


Hari Keluarga PAID Rompin



Hari Keluarga PAID Rompin telah diadakan pada 6 Mac 2010 (Sabtu) bertempat di Serai Lanjut Golf & Beach Resort Rompin. Ia Bermula pada jam 8.00 pagi dengan acara sukaneka orang dewasa & kanak-kanak. Antara sukan yang diadakan ialah bowling kelapa, balingan manja, lari dalam guni dan rebut kerusi.





Pada sebelah tengah hari, telah diadakan majlis tahlil & doa selamat untuk Ketua Penolong Qadhi PAID Rompin Ustaz Mohd Nor b Senawi yang akan menunaikan umrah pada 18 Mac 2010.





Acara sukaneka disambung selepas solat Zuhur. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan bersurai pada jam 5.00 petang

Monday, November 2, 2009

Tujuh Ciri Penghuni Syurga Firdaus

MANUSIA akan memperoleh ganjaran setimpal berdasarkan usaha atau amalan dilakukannya baik perkara kecil atau besar yang tergolong dalam perbuatan yang baik dan buruk. Allah berfirman yang bermaksud: "Barang siapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya). Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya)." (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8) .Setiap apa yang dilakukan memberi kesan kepada diri manusia itu dan mereka yang beriman pastinya berusaha melakukan lebih banyak perbuatan baik.Orang Mukmin yang taat adalah golongan yang mendapat kemuliaan dan kasih sayang Allah dan dijanjikan sebagai penghuni syurga bernama Firdaus yang kekal di dalamnya. Tujuh ciri dimiliki golongan ini dinyatakan Allah dalam surah al-Mukminun, ayat 1 hingga 11. Ciri itu ialah:


*Khusyuk dalam menunaikan solat

Insan yang Mukmin mampu melaksanakan solat dengan khusyuk sesuai dengan keteguhan dan kemantapan iman dimilikinya. Pengertian khusyuk mencakupi seseorang itu memahami apa yang dibaca dan dilakukannya dalam solat.Menurut Imam al-Ghazali, dalam khusyuk itu juga harus ada rasa takut kepada Allah. Sembahyang yang dikerjakan dengan khusyuk adalah syarat pertama untuk mewarisi syurga Firdaus.

*Memelihara diri daripada perbuatan yang tiada berguna

Seseorang yang benar-benar mukmin tidak akan membiarkan masa berlalu dengan tidak melakukan perkara berfaedah.


*Menunaikan zakat

Seorang Muslim sejati akan rela dengan ikhlas menunaikan kewajipan zakatnya tanpa wujud paksaan, lantaran sedar bahawa hartanya sudah memenuhi syarat untuk berzakat.
Selain itu, dia sedar bahawa pada harta miliknya itu ada hak orang lain yang harus diberikan, terutama hak fakir miskin. Hartanya yang sebenar hanyalah harta yang tinggal selepas dikeluarkan zakatnya.


*Memelihara kehormatan

Orang mukmin berjaya akan menghindarkan diri daripada melakukan penyimpangan dalam hal seksual dan tidak mendekati zina. Dia tidak akan berlaku serong dan hanya menyalurkan keinginan syahwat (persetubuhan) melalui jalan halal dengan pasangan sah.


*Melaksanakan amanah

Seseorang mukmin yang diberi kepercayaan akan menunaikannya dengan baik kerana kepercayaan itu adalah penghormatan paling berharga baginya.


*Memenuhi janji

Islam mengajar bahawa setiap janji mesti ditunaikan kerana janji itu ibarat hutang. Lantaran itu ia perlu dibayar. Segala sesuatu yang dijanjikan perlu dipenuhi kerana yang demikian adalah ciri Mukmin berjaya.


*Memelihara solat

Solat pada pandangan Mukmin sejati paling penting. Jadi, solat mereka cukup terpelihara, sehingga dapat dilaksanakan dengan begitu baik lagi sempurna. Waktu solat dijaga dengan baik seperti solat pada awal waktu. Begitu juga dengan rukun dan pelbagai syarat lainnya yang mana semuanya itu sangat diberi perhatian.

Muslimah Sejati

Yang melindungi diri dan hatinya dengan malu,
Yang melabuhkan sopannya setiap penjuru,
Yang melembutkan suara merdunya,
Yang sentiasa tabah dan cekal hatinya,
Yang tidak pernah patah semangat wajanya,
Yang memberi cinta sejagat maya,
Yang memenuhkan hati dengan keinsafan,
Yang mengosongkan kalbu dari dendam,
Yang menyemarakkan kasturi dikelopak iman…

Muslimah dilahirkan dari rusuk kiri lelaki,
Muslimah dilahirkan layak menjadi suri,
Muslimah diciptakan untuk pasangan si suami,
Muslimah diwujudkan untuk meramaikan umat Nabi…
Muslimah adalah sebahagian kurniaan Ilahi,
Muslimah adalah sebahagian keindahan duniawi,Muslimah adalah penyeri gelap malam…

Muslimah dipandang dari peribadinya,
Yang tentunya diharap dapat melembutkan….Hati suami dan keluarga.
Muslimah dilihat dari budi bahasanya,
Yang sepenuh hati mencurahkan khidmat murninya…

Muslimah dinilai dari kesabarannya,
Yang tahu menjaga milik dirinya,
Mengenggam iman penuh ketakwaan…

Muslimah ditinjau dari sifat keibuannya,
Yang sanggup meramaikan umat Nabi,
Bukannya mementingkan kecantika diri…
Kecantikan yang engkau perolehi milik Tuhanmu,
Perjalanan lalumu tidak akan diputar,
Sampainya waktu ketika,Tanpa tersegera mahupun tertangguh biarpun seketika,Ianya pasti bertandang jua,
Kerana yang berjiwa itu pasti akan merasai mati….

Friday, October 30, 2009

Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2009

3 dari kiri, YB Kapten (B) Johari (ADUN kawasan Tioman) bersama kakitangan lelaki PAID Rompin

Al-Fadhil Qadhi Daerah Rompin bersama kakitangan wanita PAID Rompin tahun 2009

Kakitangan lelaki PAID Rompin tahun 2009



Pada 7 Oktober 2009, PAID Rompin mengadakan jamuan hari raya aidilfitri yang mana ia turut dihadiri oleh Adun Tioman, pegawai Majlis Daerah Rompin, pegawai JKR Daerah Rompin & pegawai Jabatan Bomba & Penyelamat Daerah Rompin. Majlis ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengah hari.



Tuesday, September 1, 2009

Majlis Meraikan Saudara Baru


Pada 21 Ogos 2009, PAID Rompin telah mengadakan Majlis Meraikan Saudara Baru yang terdiri daripada orang Asli yang baru sahaja memeluk Islam. Majlis ini diadakan di Bilik Mesyuarat PAID Rompin. Sumbangan disampaikan oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Rompin.

Tahlil sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke 52


Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Kali ke 52 peringkat Daerah Rompin, PAID Rompin dengan kerjasama Pejabat Daerah & Tanah Rompin serta agensi kerajaan yang lain telah mengadakan tahlil & solat hajat bertempat di Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Rompin. Program ini bermula pada jam 2.00 petang untuk memasak bubur lambuk. YH Dato' Mohamad Roslan b Harun (Pegawai Daerah Rompin) serta ketua jabatan yang lain turut hadir semasa tahlil diadakan. Program ini turut dihadiri oleh non muslim & saudara baru.