Tuesday, July 14, 2009

Program Sayang Di Sayang Pulau Tioman

Program Sayang Di Sayang anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Rompin & Jabatan Agama Islam Pahang dengan kerjasama KASTAM Daerah Rompin, Jabatan Laut Daerah Rompin & Lembaga Pembangunan Tioman (TDA) telah diadakan pada 3 - 5 Julai bertempat di Kg Juara, Pulau Tioman. Program ini disertai hampir seluruh staf PAID Rompin mengadakan beberapa program kecil sepanjang 3 hari berkampung di sana. Antara Program yang dijayakan ialah:



  • Gotong royong membersihkan Tanah Perkuburan Kg Juara



  • Seminar Sayang Di Sayang

Seminar Sayang Di Sayang ini terdiri daripada 3 sesi ceramah iaitu Sayangi Keluarga Di situlah Bahagia, Rumahku Syurgaku & Anak Soleh yang disampaikan oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Rompin serta pegawai dari JAIP. Seminar ini diadakan di Balai Raya Kg Juara.



  • Pertandingan ilmiah & sukaneka pelajar SK Juara

Pertandingan Ilmiah dijalankan serentak dengan Seminar Sayang Di Sayang. Diantara pertandingan yang diadakan ialah Pertandingan Mewarna, Pertandingan Azan & Pertandingan Hafazan. Pada sebelah petang, sukaneka bagi pelajar sekolah tersebut diadakan di pantai. Antara sukan yang diadakan Tiup Belon, Lari Ikat Kaki Berpasangan, Pancing Botol & Rebut Kerusi.

  • Ceramah Tahsinul Solat

Ceramah Tahsinul Solat membincangkan tentang cara mengerjakan solat dengan betul. Ceramah ini diadakan di Masjid Kg Juara yang mana ia menerangkan kepada penduduk yang hadir tentang cara mengerjakan solat dengan betul secara teori & praktikal. Ceramah ini disampaikan oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Temerloh.

  • Sukaneka bersama penduduk Kg Juara & staf PAID Rompin

Sukaneka ini melibatkan penduduk Kg Juara, staf PAID Rompin dan juga staf JAIP. Antara sukaneka yang diadakan Futsal, Menganyam Ketupat, Sepak Raga Bulat & Balingan Manja.

  • Forum Perdana Sayang Di Sayang

Pada sebelah malam, selepas waktu Isyak PAID Rompin mengadakan Forum Perdana yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam (Haji Mohamad Abd Qahar), Ketua Penolong Qadhi Daerah Temerloh (Ustaz Zahari Daud) & Al-Fadhil Qadhi Daerah Rompin (Tuan Adnan b Mamat). Sebelum Forum itu diadakan, majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan ilmiah, sukaneka pelajar dan penduduk Kg Juara diadakan.

No comments:

Post a Comment