Program mengalihkan kubur ini diadakan di Kg Tekek, Pulau Tioman. Ia diadakan pada 19 & 20 Ogos 2009 yang mana ia disertai oleh Ketua Penolong Qadhi Daerah Rompin (Ustaz Mohd Nor b Senawi), Pembantu Tadbir Unit Pengurusan Masjid & Surau PAID Rompin (Fazierul Annuar b Musa), wakil Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan serta wakil Ketua Balai Polis Daerah Rompin.
Pengalihan kubur tersebut dilakukan adalah disebabkan pembinaan sekolah yang akan diadakan di tapak tersebut. Program itu diadakan pada jam 9.00 pagi yang mana ia disertai oleh En Azmi b Osman (Ketua Unit Pembangunan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang) yang bertindak sebagai penyelaras program tersebut.Sebanyak 2 kubur yang dialihkan ke tanah perkuburan orang islam di Kg Tekek. Operasi pengalihan kubur ini turut disertai oleh penduduk Kg Tekek yang mana ia dikawal ketat oleh pihak polis.

No comments:
Post a Comment