Program Sayang Di Sayang sekali lagi dianjurkan oleh PAID Rompin diadakan di Kg Rantau Panjang dengan kerjasama JKKK Kg Rantau Panjang, JKKK Kg Leban Chondong & JKKK Kg Pantai Bernas. Program tersebut diadakan pada 19 Julai 2009 dengan pelbagai aktiviti kecil disusun khas untuk penduduk yang hadir pada hari tersebut. Di antara aktiviti tersebut ialah:
- Ceramah Sayang Di Sayang & Pemeriksaan Kesihatan Percuma

Aktiviti ini bermula pada jam 9.00 pagi dimulakan dengan slot ceramah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Rompin ( Tuan Adnan b Mamat ) dibawah tajuk "Sayangi Keluarga Di situlah Bahagia". Pada waktu yang sama, Pejabat Kesihatan daerah Rompin turut membuat pemeriksaan kesihatan percuma untuk penduduk kampung yang hadir. Slot Ceramah yang ke 2 disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam Jabatan Agama Islam Pahang ( Tuan Haji Mohamad Abdul qahar b Abd Aziz) dibawah tajuk "Melahirkan Anak Soleh".
- Majlis Perasmian Program Sayang Di Sayang



- Ceramah Tahsinul Solat

Ceramah tahsinul Solat ini disampaikan oleh Ketua Penolong Qadhi Daerah Pekan (Haji Hamid b Jais). Ceramah ini diadakan di Surau Kg Rantau Panjang yang mana ia menerangkan tentang cara mendirikan solat & mengambil wuduk dengan sempurna.
- Program Riadhah



- Forum Perdana Sempena Sambutan Isra' & Mi'raj

Pada pukul 9.00 malam, PAID Rompin mengadakan Forum Perdana yang mana ia merupakan kemuncak kepada Program Sayang Di Sayang. Forum ini disampaikan oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Kuantan (Tuan Hamdan Yusi b Yusuf), Guru Kuliah Al-Lughah Sultan Abu Bakar, Pekan (Ustaz Abd Karim b Sidek) serta pengantara forum Al-Fadhil Qadhi Daerah Rompin. Sebelum forum ini diadakan, majlis penyampaian hadiah bagi pemenang sukan & persembahan nasyid oleh pelajar KAFA Kg Pantai Bernas. Forum ini banyak membincangkan tentang peristiwa yang berlaku semasa Isra' & Mi'raj. Majlis tersebut berakhir pada pukul 11.30 malam.
No comments:
Post a Comment