Friday, December 10, 2010

Program Dakwah Bil Hal Kg Pantai Bernas Rompin





Program Dakwah Bil Hal Kg Pantai Bernas Rompin telah diadakan pada 9 Julai 2010. Ia turut melibatkan Kg Rantau Panjang & Kg Tg Tengku. Program dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Rompin. Program diteruskan dengan gotong royong membersihkan kawasan tanah perkuburan Kg Pantai Bernas. Kakitangan Jabatan Mufti Negeri Pahang dijemput hadir untuk menentukan arah kiblat di tanah perkuburan tersebut.
Pada sebelah petang, perlawanan bola sepak diadakan di antara pasukan PAID Rompin menentang pasukan Kg Pantai Bernas. Pada sebelah malam, selepas Solat Isya', satu forum perdana diadakan di Masjid Kg Pantai Bernas. Ahli panel forum terdiri daripada Al-Fadhil qadhi Daerah Rompin (Tuan Adnan b Mamat), Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIP (Ustaz Rasmawi b Harun) & Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (Ustaz Nik Ibrahim b Nik Abdullah).Tajuk forum adalah Sambutan Isra' Mi'raj. Antara tetamu yang hadir pada malam tersebut ialah Timbalan Pengarah JAIP (YH Dato' Haji Mohd Ghazali b Abd Aziz) & Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIP (Tuan Haji Md Fazi b Ismaon). Majlis berakhir pada jam 11.00 malam.

No comments:

Post a Comment