Monday, December 13, 2010

Program Pemantapan Sahsiah Belia





Program Pemantapan Sahsiah Belia yang dianjurkan oleh PAID Rompin dengan kerjasama Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JAIP, Pejabat Belia Daerah Rompin, JKKK Desa Selesa Perpat, JKKK Kg Rantau Panjang & JKKK Kg Pantai Bernas telah diadakan pada 11 November 2010 bertempat di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Pantai Bernas Rompin.

Seramai 50 orang peserta menyertai program ini yang terdiri daripada belia Desa Selesa Perpat, Kg Rantau Panjang & Kg Pantai Bernas. Program bermula pada jam 8.30 pagi dengan ceramah motivasi (Andai Ku Tahu) yang disampaikan oleh En Ahmad Sazili b Mohd Nor dari SMK Seri Rompin. Pada jam 10.00 pagi, ceramah & praktikal solat diadakan.Di antara fasilitator yang terlibat ialah Ustazah Siti Khadijah bt Shaikh Zahari (Pengetua SMA Bukit Ibam,Muadzam Shah), Tuan Adnan b Mamat (Al-Fadhil Qadhi Daerah Rompin), Ustaz Mohd Nor b Senawi (Ketua Penolong Qadhi PAID Rompin) & Ustaz Mohd Hasan b K.Abdul (Penolong Qadhi Unit Pengurusan Masjid & Surau PAID Rompin).
Di sebelah petang,jam 2.30 petang satu talk show telah diadakan. Talk show yang bertajuk Apa Yang Kami Mahu dikendalikan oleh Tuan Adnan b Mamat. Talk show ini membincangkan permasalahan di kalangan belia & cuba mencari jalan penyelesaian. Jam 4.00 petang, majlis perasmian penutup program diadakan. Program ini dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JAIP Tuan Haji Muhammad Abdul Qahar b Abd Aziz. Belia turut menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta program. Program berakhir pada jam 5.15 petang.

No comments:

Post a Comment