Monday, April 29, 2013

Prosedur perkahwinan menyusahkan??????

Situasi di Pejabat Agama Islam Daerah :

Pelanggan : Encik, saya nak hantar borang kawin anak.


Petugas Kaunter: Biar saya semak dulu borang ni ye.. (Petugas Kaunter menyemak satu persatu keperluan borang & mendapati ada yang tidak lengkap) Maaf puan, borang ni tak lengkap lagi,salinan sijil perakuan nikah ibu bapa tak ada, salinan sijil kematian datuk pun tak ada.

Pelanggan : Eh kenapa pula nak sijil kematian datuk & sijil nikah saya?


Petugas Kaunter : Begini puan, yang menjadi wali anak puan ni adik beradik lelaki seibu sebapa kan? bila anak lelaki yang menjadi wali, memang kita perlukan surat kematian datuk dan surat perakuan nikah ibu bapa. Kita nak pastikan wali tu mengikut turutan yang betul & nak elak masalah wali anak tak sah taraf.

Pelanggan : Kenapa sekarang ni susah sangat nak kahwin, saya dulu tak ada pun nak minta itu ini masa nak kawin, terus je pegi jumpa jurunikah, abih cerita. (Pelanggan dah mula naik angin)

Situasi di atas sering kali berlaku di Pejabat Agama Islam Daerah, adakah benar prosedur perkahwinan sekarang menyusahkan pelanggan?

Sebenarnya tidak, prosedur yang telah ditetapkan adalah mengikut syara' dan juga keperluan maslahah ummah itu sendiri.

Seringkali keperluan salinan sijil perakuan nikah ibu bapa menjadi pertikaian pelanggan. Keperluan itu sebenarnya adalah untuk mengelak daripada berlaku anak perempuan yang berkahwin itu anak tidak sah taraf atau wali adik beradik lelaki seibu sebapa itu sendiri anak tidak sah taraf. Apabila berlaku keadaan tersebut, perkahwinan tersebut tidak sah & perlu difaraqkan dengan perintah mahkamah.

Disinilah peranan Pejabat Agama Islam Daerah dan juga JAIN sendiri untuk memberi pemahaman & penerangan kepada masyarakat. Masyarakat umumnya tidak nampak kepentingan sijil perakuan nikah apabila diperlukan oleh Pejabat Agama Islam Daerah. Kurangnya pemahaman masyarakat terutama berkaitan dengan pengiraan nasab anak mengikut bulan hijrah & tidak ketinggalan ingin merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan anak kerana bimbang anak malu merupakan antara sebab masyarakat enggan memberi kerjasama. Masyarakat tidak didedahkan dengan hukum apabila berlaku anak tidak sah taraf berkahwin & wali yang merupakan anak tidak sah taraf menjadi wali kepada perempuan yang ingin berkahwin.

Apabila pemohon perempuan@bakal pengantin perempuan itu sendiri menjadi anak tidak sah taraf, secara automatik bapa & semua wali sebelah bapa adalah tidak boleh menjadi wali kepada perkahwinannya. 
Permohonan berkahwin bakal pengantin perempuan tersebut perlu dilanjutkan kepada pihak Mahkamah Rendah Syariah Daerah bagi mendapatkan perintah daripada hakim bagi membenarkan jurunikah menjadi wali sultan kepada bakal pengantin perempuan. Hanya setelah mendapat kebenaran daripada Hakim Mahkamah Rendah Syariah, barulah perkahwinan itu boleh diteruskan.

Apabila wali itu merupakan adik beradik lelaki seibu sebapa kepada bakal pengantin perempuan merupakan anak tidak sah taraf, wali itu tidak boleh menjadi wali kepada bakal pengantin perempuan dan hak wali akan berpindah kepada adik beradik lelaki seibu sebapa yang lain. Sebagai contoh, abang sulung kepada bakal pengantin perempuan merupakan anak tidak sah taraf dan hak wali akan berpindah kepada anak lelaki ke dua @ wali yang lain di dalam keluarga tersebut.

Keperluan sijil kematian datuk pula dikehendaki apabila berlaku di dalam masyarakat penipuan turutan wali apabila seorang perempuan ingin berkahwin. Terdapat kes berlaku di mana seorang perempuan yang telah kematian bapa berkahwin dengan menjadikan adik beradik lelaki seibu sebapa sebagai wali sedangkan pada ketika itu datuk sebelah bapa masih ada & datuk sebelah bapa sepatutnya menjadi wali. Apabila berlaku keadaan tersebut, perkahwinan tersebut tidah sah & perlu difaraq dengan perintah mahkamah.


Dua keperluan yang sering menjadi pertikaian dalam masyarakat ini ada sebab & kepentingan mengapa ia diperlukan ketika seorang perempuan ingin berkahwin. Kesimpulan, prosedur perkahwinan bagi sebuah negeri itu bukan dengan tujuan menyusahkan masyarakat sebaliknya untuk menjaga maslahah ummah disamping kehendak hukum syara' sendiri.                        

6 comments:

  1. Sy nk bertnye ...ibu bapa sy berkahwin di thai pd 23 thn yg lalu menggunakn wali raja...dan jarak dr tmpt kawin ke tmpt bermastautin mmg melebihi jrk yg ditetapkn..tmpt kahwin di mjlis agama naratiwat thailand..atok sy enggan menikahkn mak sy n ayh sy pd mse dlu disbbkn fitnah owg kg terhdp ayh sy bahawa ayh sy seowg yg jht...slps berkahwin dpt sy n adik sy...kemudian bercerai...skg di tgn syg ad surat cerai je ...surat nikah asl da hlg..tp mmg xdftr kt malaysia...pe yg perlu sy wt skg..tq

    ReplyDelete
  2. Sy nk bertnye ...ibu bapa sy berkahwin di thai pd 23 thn yg lalu menggunakn wali raja...dan jarak dr tmpt kawin ke tmpt bermastautin mmg melebihi jrk yg ditetapkn..tmpt kahwin di mjlis agama naratiwat thailand..atok sy enggan menikahkn mak sy n ayh sy pd mse dlu disbbkn fitnah owg kg terhdp ayh sy bahawa ayh sy seowg yg jht...slps berkahwin dpt sy n adik sy...kemudian bercerai...skg di tgn syg ad surat cerai je ...surat nikah asl da hlg..tp mmg xdftr kt malaysia...pe yg perlu sy wt skg..tq

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sy nak tanya mcam mna sekira sijil nikah ibu dan ayah sy tak ada @ telah hilang... Thun kahwin ibu dan ayah sy thun 1977....

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum sy nak tanya mcam mna sekira sijil nikah ibu dan ayah sy tak ada @ telah hilang... Thun kahwin ibu dan ayah sy thun 1977....

    ReplyDelete
  5. Titanium Art Meaning and Symbolism | TITNA.
    Titanium Art Meaning titanium 4000 and Symbolism. The tecate titanium Tiniest is a tree that titanium aftershokz connects the worlds 4x8 sheet metal prices near me of history, art, and architecture. ford focus titanium hatchback

    ReplyDelete
  6. masalahnya..kita tak tahu apa yang berlaku dulu2..tolong pejabat agama cari jalan keluar masalah ni,jangan samakan sistem dulu2 dan It sekarang ni.Sampai menyulitkan pemohon,pemohon bergaduh dengan mak ayah keluarga disebab kan tuntutan pejabat agama,please la orang2 di pejabat agama buka mata bukan kes satu dua orang..jangan nak menuding jari pada pemohon kamu di jabatan agama perlu selesaikan masalah ni bersama2 pemohon

    ReplyDelete