Wednesday, August 11, 2010

Taklimat & Penerangan Isu Semasa Berkaitan Perkahwinan

PAID Rompin dengan kerjasama Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JAIP telah mengadakan Program Taklimat & Penerangan Isu Semasa Berkaitan Perkahwinan pada 20 Julai 2010 bertempat di Dewan Kolej Komuniti Rompin. Orang ramai yang hadir terdiri daripada penjawat awam sekitar Daerah Rompin, jawatankuasa masjid dan jawatankuasa kampung.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada masyarakat setempat mengenai permasalahan yang sering kali berlaku di dalam hal perkahwinan seperti masalah wali, masalah mendaftarkan perkahwinan luar negara & penceraian.
Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Muadzam Shah (Ustaz Mohd Rizal b Ali Hanafiah) di bawah tajuk "Penceraian Di Dalam Islam". Slot ceramah ke 2 disampaikan oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Pahang (Ustaz Azhari b Abd Rahman) di bawah tajuk "Perkahwinan Luar Negara Tanpa Kebenaran" dan slot terakhir disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JAIP (Haji Muhammad Abdul Qahar b Abd Aziz ) di bawah tajuk "Wali & Permasalahannya". Majlis diakhiri dengan sesi dialog di antara orang ramai dan para penceramah.

No comments:

Post a Comment